Feb 22, 2012

Post Chicken Pox

17 Februari lepas (Jumaat) mama, papa and adik AIman bertolak balik kampung lepas Jumaat, hari Jumaat tu Papa keja shift malam, and mama pulak amik cuti dari Hari Rabu sebab jaga adik Aiman kan..ikut hati nak ja ajak Papa balik pagi2 tu, tapi kesian Papa penat baru balik keja kul 8 pagi dia nak tido dulu and lepas Solat Jumaat baru nak bertolak balik Baling.

Petang dalam pukul 3.30 baru kami bertolak balik kampung, esok hari Sabtu tu Papa amik cuti sebab nak pegi kelas. kalau tak Jumaat malam tu Papa keja lagi shift malam, tapi terpaksa apply cuti untuk pegi kelas pagi Sabtu, mana sempat kalau abeh keje pagi sabtu baru nak p kelas, kelas kat Kulim, selalu tiap2 minggu kalau dari Ipoh pagi2 kul 5.00 pagi Papa dah bertolak pegi kelas.Sian kat Papa terpaksa korbankan cuti tahun untuk pegi belajar, sebab Papa keja shift kan,hari off day xtentu, nasib baik la awal2 tahun ni hari off day Papa jatuh hari Sabtu..tp bukan tiap2 minggu la..dah 5 hari Sabtu Papa kena amik cuti tahunan.. kelas pulak every Sabtu pagi sampai malam..tapi, xpa sebab start bulan Mac ni Papa dah dapat tukar Bahagian SVR pulak, so dah xkena keja shift, and setiap Sabtu n Ahad cuti, tapi maybe ada weekend2 yang Papa kena standby..tp xkisah lah sekurang2nya Papa cuti setiap Sabtu untuk Papa p kelas...

Dah melalut cita pasal lain plak...xberkenaan langsung dengan tajuk entry kan...hehe ok layankan ja la gambar2 yg mama snap masa time cuti hari tu...

time on the way balik kampung, dah penuh bintik2 campak kt muka adik Aiman
Petang tu kami sampai dah dekat Maghrib, abang Alim bukan main sronok tengok mama, Papa and adik Aiman, dia tengah tengok tv ngan kakak Iman masa kitorang sampai..Campak kat badan ALim dah lega, tapi parut kat badan still ada lagi, amik masa juga la sementara nak hilang sepenuhnya..tapi kat muka Alhamdulillah dah xdak parut...
Adik Aiman melaram ngan spek mata hitam abg ALim punya..abang ALim kata dia nak jadi BRuno Mars  nyanyi lagu lazy song tu suruh Wan beli spek ni...hehe
Sian adik AIman, badan dia mama sapu Clamine Lotion xnau bagi gatal2..
Hari Sabtu time Papa  p kelas kami 3 beranak duduk kat umah saja dengan Tok, Wan, Paksu and Kak Iman..Adik Aiman pulak asyik meragam mungkin sebab dia rasa gatal-gatal atau pedih kat badan..nasib baik ada buai kt umah Tok boleh gak bagi dia tido dalam tu tapi dia tido skejap2 ja, nak org buai ja xbenti...

Hari Ahad, mama n Papa ada appointment ngan CIkgu Azizan yang mengajar sekali Tok (my mom), so kami bawak Abg ALim ja pegi jumpa cikgu tu kat sekolah Tok, Sekolah Kebangsaan Penghulu Abu Bakar (Bongor)...mama jumpa cikgu tu pasal nak sain dokumen Insuran Prudential yg mama and Papa..Adik Aiman n abg Alim pun kami buat sekali pakej Medical Card Prudential Takaful..masa sampai sekolah tu budak2 tengah rehat rasanya, Alim bukan main seronok and excited tgk budak2 sekolah ramai, dia ingat mama nak hantar dia p sekolah tu, siap dok suruh mama beli baju sekolah warna putih tu..lepas settle jumpa Cikgu Azizan, kami nak jumpa Tok tapi dok call henset Tok xjawab pulak maybe Tok ada keja kami terus nak balik pegi kedai lain pulak mama nak gunting rambut..Masa nak balik Alim buat perangai pulak nangis2 xmau balik dia nak p sekolah situ..puas pujuk, mama angkat masuk dalam keta baru ok...

Kami bertolak balik Ipoh petang dalam ukul 5.00 pm.. and sampai Ipoh dan Maghrib terus pegi beli makanan untuk makan malam..
gaya tido Alim masa on the way balik Ipoh, bukan main mengebat lg..hehe
 Keesokan hari tu hari Isnin (20 Februari), Papa off day, mama pulak keja..so, adik Aiman tinggal kat rumah ja Papa jaga..abang ALim pulak mama hantar ke nursery..pagi2 sebelum p nursery tu siap bgtau mama "ALim xnak pegi nursery, Alim nak pegi sekolah yg ada abang pakai baju putih seluar biru tu..."....hehe lepas pujuk2 mama ckp suruh dia blaja pandai2 dulu kt nursery baru leh masuk sekolah Tok..dia pun ok..tp pagi tu mama keluar rumah awal pagi dok gelap lg ujan pulak, kesian plak nak suruh Alim mandi, so bawak je dia ke nursery tak mandi..Papa pulak jaga adik AIman kat rumah, bertuah sangat dapat Papa yang ringan tulang and boleh harap...jangan xpercaya Papa pun boleh jaga baby siap bagi mandi, bagi susu, bg tido..susu tu mama dah pesan siap2 cara2 nak rendam semua..kira ni 1 st time mama tinggal Papa jaga Aiman dari pagi sampai petang..walaupun adik Aiman dok meragam sikit tp Alhamdulillah Papa leh kontrol...petang tu mama masak Mee Sanggul untuk Papa, tp terkurang sedap la pulak..tp Papa makan jer...hehe I love U Papa!







Feb 17, 2012

Demam Campak / Plentong

Sekarang ni rajin plak aku mengupdate blog..mungkin ada yang tertanya2, banyak pulak masa aku dok hadap Laptop ni kan??Sebenarnya, kalo kawan2 yg ada FB aku sure dah maklum yang sekarang ni anak aku ALim dah dihantar balik kampung sebab dia kena demam campak atau Plentong (kata org Perak)..dah 2 minggu dia kt kampung duduk ngan tok n wan dia..

Penuh badan ALim ngan Calamine Lotion

Sebab utamanya adalah kerana CIkgu kat nursery Oh La La Intan xbagi hantar anak yang kena demam campak ke nursery, sehingga betul2 lega baru depa akan terima supaya nak elak dari berjangkit kat kanak2 lain...bila xboleh hantar abang Alim kat nursery, makanya mama atau Papa nak kena amik cuti la pulak..tapi, kalau mama amik cuti pun, abang ALim duduk kat rumah nanti takut berjangkit kat adik Aiman pulak..so, kami pun inform pada my MIL untuk tinggal ALim kt sana sampai dia sembuh..

Jadi sepanjang 2 minggu Abang ALim xdak ni, mama boleh la beronline guna laptop ni...mama kalo online keja buka Facebook jer la kan sampai naik boring...pastu bila jenguk2 blog terasa semangat pulak nak update..lagipun dah lama blog ni bersawang kan...huhu kalau abang ALim ada memang laptop ni jadi hak milik mutlak dia la untuk dia layan video klip kt Youtube tu..sampai dia pun dah pandai buka and search sendiri cita kartun atau video klip lagu2 yang dia suka...

Tapi, bila lama Alim xdak kat umah ni rasa sunyi pulak...selalu dia la peneman mama, tolong jaga adik Aiman, sembang2 ngan mama, tengok tv cita lawak ngan mama...rindu sangat kat sayang mama tu...Hari2 mama n papa call Alim..sronok sembang ngan dia sebab dah pandai cakap macam2..tp dia macam happy ja dok kt kampung tu, maklum la ada kak Iman dia sronok la...

Kurus jer syg mama ni..masa dia demam hari tu, 2 hari gak la xlalu makan n minum susu sebab dlm mulut pun bengkak2...
Walaupun Alim dah di "isolatekan" dari adik Aiman, dengan harapan demam campak tu xbejangkit kat adik Aiman, tapi 2 hari lepas hari Selasa, adik Aiman pulak dapat demam campak..huhu dalam 2 hari sebelum tu hari Ahad, adik Aiman kerap meragam time malam, macam demam sbb bila pegang kepala dia macam panas, pastu tido pun xlena asyik berjaga..esoknya hari Isnin tu nampak ada naik biji kat kepala..mama ingat mcm ruam biasa ja, tapi masa hari Selasa hantar Aiman kt nursery, Kak Ina call bagitau biji2 kat kepala adik AIman naik banyak pulak, and Kak Fizah pun cek2 tgk tangan dia semua mmg nampak mcm tanda2 Plentong..petang mama n papa bawak adik Aiman ke klinik and confirm kena demam campak sebab Doktor tengok ada biji kt badan sama..Doktor cakap kalo campak selalunya akan ada biji kt badan, kaki n tgn..biji2 kecik yg ada air tu...

Adik AIman pun kena sapu ngan Calamine Lotion..sian dia, hari ni biji2 dah banyak 1 badan..

Rilex jer dia tengok TV..hehe
 So, bila dah confirm adik Aiman dapat campak, mama pun terpaksa la amik cuti untuk jaga Aiman sebab nursery xbagi hantar sampai dia sembuh betul..Hari Rabu sampai hari ni dah 3 hari mama cuti...tengahari nanti nak balik Baling amik abg Alim balik Ipoh sebab dia pun dah lega and xyah separate lg dh sbb mmg dh bejangkit pun kan...yg mama risau sekarang takut berjangkit kat mama pulak je la sebab mama pun belum penah kena demam campak ni..huhu mintak2 la xjd la kan..

Baik sangat syg mama ni..xmeragam pun, tapi kesian tgk biji2 byk kt badan mesti dia rasa gatal tp xpandai garu..xpe ye syg, mama doa bg cepat sembuh and xlekat parut kt badan syg nanti...:-)

Tak sabar tunggu Papa balik keja pagi nanti, pastu nak gerak balik Baling..papa keja shift malam minggu ni, so mama tido berdua ngan adik Aiman jer la..bangun pagi nanti nak siap2 lepas Jumaat kot bertolak balik..xsabaq rasanya nak jumpa Abang Alim....:-)


Dubliners Cafe Greentown

Kali ni aku nak share pasal makan2 pulak yer..cukup dulu story bab susu Aiman, ni nak story bab nak mengisi perut mama, papa and abang ALim pulak..hehe

Kat bawah ni Papa n adik Aiman, papa baru je sambut birthday yg ke 29 pada 13 Januari lalu...(sorry semua cita yg dah lepas2 ye sbb baru skrg rajin nk tulis blog ni..hehe)...So, Papa sekarang dah ada 1 isteri dan dua anak pada usia 29 tahun..dan mama harap, papa dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki untuk sara kami semua....hehe 


Mama xdak bagi apa2 hadiah pun untuk besday kali ni, cuma hari besday Papa tu kami just keluar dinner kat luar..atas saranan kawan ofis mama, kami pun try la p makan kat Dubliners Cafe ni..kat Ipoh ni susah ckit nak cari restoran yg best2 sebab kebanyakannya Non-Halal...tapi Dubliners Cafe ni adalah restoran milik orang Melayu kita dan dijamin HALAL..Boleh Klik SINI untuk maklumat lanjut...

Cafe ni terletak kat Greentown Business Centre dan dibuka setiap hari Isnin - Sabtu jam 11.00 pagi - 10.30 malam..Hari Ahad tutup yer..Manakala jam 3 - 5 petang ditutup sementara untuk rehat...Restoran ni menyajikan makanan Barat dan juga Thai..Yang bestnya, harga bagi menu2 barat yg ada kat sini amatlah berpatutan..ada pilihan menu Ala Carte atau pun secara Pakej. (Set)..

Ini kali pertama kami datang sini, so kami just order makanan ikut Set, nama menu2 yang ada xingat la pulak, tapi anda boleh dapatkan set Chicken chop, steak, claypot, dan nasi goreng dan lain2 lagi..Setiap set didatangkan dengan appetizer, main course, dessert dan juga air..Harga dalam RM10 - RM20 sahaja per set...ingat tu hrga bawah RM20 tu adalah per SET ya..sangat2 murah kan..

Jom tengok apa yang kami makan hari tu...Actually kami order 3 set iaitu Chicken Chop untuk Mama, Nasi Goreng untuk Papa dan Spagetti Boloignese untuk Abang ALim..


Setiap set akan dimulakan dengan Appetizer ni nama dia Seafood Vol-Au-Vent...iaitu pastry yg rangup filling dgn cream campuran seafood dan sayur2an..

next is main course untuk Papa..Nasi Goreng Special (nama menu sebenar xingat)..nasi goreng ni sedap and pedas..

ini pulak Chicken Chop mama punya..rasa chicken chop ni ok sedap, tp ayam dia macam liat ckit..mungkin xmasak betul, tapi mama makan abes jugak....hehe

ini Spagetti Boloignese untuk Abang Alim..tapi mama yg abeskan sebenarnya....huhu rasa sedap, tp kuah dia kurang pekat..

last is dessert..iaitu sepotong choc cake bersama ice cream vanilla..yg ni ja abang alim makan, tiga2 dia balun kat dia..tapi dia makan ice cream tu je, kek mama yg habeskan....hehe dessert dia sedap cuma kek agak keras mungkin sbb baru keluar dari peti ais, kalo dipanaskan mesti lg sedap....

satu lagi adalah air minuman, mama & papa mintak Oren Jus, manakala abang ALim air LAici..gambar xamik la pulak..korang bleh bayang la air oren ngan laici kan..ada banyak jenis air buah yang boleh di order sama ada panas atau sejuk..

Total kitorang makan malam tu hanya dalam RM 35 + sahaja, xsampai pun RM40...murahkan??kalo kt Secret Recipe ni mau dah RM100...huhu So, sapa2 yang kat Ipoh boleh la try makan kat sini, rugi sapa xcuba..lagi review pasal Dubliners Cafe boleh klik sini..

p/s : perasan tak gambar2 tu??mama baru belajar edit gambar ngan Photoscape...hehe jgn kutuk ya, saya baru belajar..harap2 nanti terer la edit mengedit gambar ni..:-)


Feb 16, 2012

Gigih Kumpul EBM

Sebenarnya aku stat buat stok EBM (Express Breast Milk) dalam masa lebih kurang 3 minggu sebelum aku naik keje...Actually, sebulan sebelum aku stat keje, aku dh train Aiman minum susu guna botol..setiap hari time siang dr kul 8 pagi sampai 5 petang aku akan bg dia minum guna botol, so aku ada 4 sesi pam tiap2 hari..iaitu :

  • pukul 6 pagi - aku akan pam if Aiman tido.selalu time ni dapat dalam 5 oz.susu fresh ni aku akan pastikan Aiman minum n habiskan sebelum pukul 10 am..sebab susu yg baru perah tahan sehingga 8 jam pada suhu bilik and if susu tu baby dh minum sikit boleh tahan sampai 4 jam. selalunya aku just isi dalam botol dalam 2.5-3 oz sahaja utk setiap feeding session.
  • pukul 9.30 pagi - time ni selalu aku pam leh dpt 8 - 10 oz..aku hanya guna dalam 3-4 oz sahaja utk Aiman minum pukul 11..sebab selalu time ni dia tido and bangun kul 11 untuk minum..baki dlm 5 oz aku simpan dlm fridge bahagian bawah(chiller).
  • pukul 1.00 tgh - kadang2 aku pam lewat ckit sbb kalut masak sama time ni..tp aku akan make sure xlebih kul 2 aku akan pam..hasil kalo pump time ni leh dpt dlm 5-6 oz...aku hanya guna 3 oz sahaja untuk Aiman minum kul 3 petang..selebihnya aku simpan fridge macam tadi..
  • pukul 4.30 - 5.00 petang - kadang2 aku skip pump time ni and bagi direct bf kt Aiman.and kalo pump pun leh dpt dlm 5-6 oz jugak..aku guna 2 oz utk AIman minum guna botol..selebihnya simpan dalam fridge..
Macam tu la aku stat kumpul stok susu untuk Aiman, sebab time ni AIman minum xbyk sangat, paling banyak pun 3 oz jer dia minum untuk satu sesi tu pun lambat nak abes kena bg ulang2 dalam masa sejam untuk dia habiskan. Susu yang aku simpan dalam fridge bawah aku biar sampai 3 - 5 hari, and lepas tu aku transfer ke bahagian freezer untuk bagi beku supaya susu boleh tahan sampai 3 bulan..dalam seminggu aku kumpul dapat la banyak ni


Bila dah stat keje, hari2 aku bawak 6 botol x 3 oz ke nursery..(4 fresh + 2 EBM yg dah di nyah beku)..tapi, tiap2 hari pun akan ada lebih dalam 3 botol sebab Aiman minum xbanyak lagi..cuma sekarang dah masuk 5 bulan baru dia stat minum banyak dalam 4oz x 4 botol sehari time kat nursery..


hari2 ke nursery aku bawak susu dalam botol ni bubuh dalam cooler bag..yg mana EBM aku simpan dlm plastik bag aku akan bawak turun ke peti ais bawah semalaman, pagi2 aku salin susu tu masuk botol macam ni, and label nombor 1 sampai 6...aku label guna masking tape je, senang nak buang bila nak cuci botol...:-)

Aku guna plastik bag brand Fiffy ni untuk simpan EBM untuk dibekukan supaya lebih jimat ruang dalam freezer..1 plastik leh muat 6oz susu..

So, tiap2 hari aku akan pump kat ofis, aku hanya sempat pump 2 kali ja pagi and petang..tiap2 hari aku dapat bawak balik dalam 16 - 18 oz...Kalau kat rumah aku lebih selesa guna pam avent manual, tapi bila kat ofis aku guna yg Spectra3 ni..sebab boleh double pumping and jimat masa..aku pump dalam 10 - 15 minit saja..



ini lah beg pump yang aku usung hari2 p ofis, dalam beg tu muat siman pump S3 , cooler bag and botol2 susu..

Bila dah sebulan lebih aku stat keja, stok susu EBM Aiman yg aku dapat kumpul makin bertambah, freezer aku pun dah penuh sampai xtau nak susun macammana lagi dah..tengok la pic kt bawah ni..aku nak simpan lauk pun dah xmuat, yg ada selain susu dalam tu hanyalah daging burger dan aispack saja....hehe


Lepas discuss2 ngan hubby, kami decide untuk beli deep freezer...mula2 aku tringin nak beli yg jenis upright brand Faber..tp bila survey kat Ipoh ni xda kedai yg jual peti ais mcm tu and price pun agak mahal sampai RM1K lebih..last2 kami beli yg jenis chest freezer brand Mistral..tadaa.....freezer ni aku simpan dalam bilik kat bawah and bilik tu slalu kami kunci untuk elak alim masuk main2 and takut tertutup suis freezer ni..


Jadi sekarang settle la masalah aku, dah xpayah pening2 fikir nak sumbat susu kt mana lagi dah..semuanya aku transfer masuk dalam df ni..bila dah masuk sini nampak macam ckit pulak..ini stok dr bulan November sampai Januari..bila dah simpan dalam df ni EBM ni bleh tahan sampai 6 bulan..bila tgk ada banyak lagi ruang dalam df ni yg boleh isi, semakin bersemangat aku nak pumping2 kumpul stok untuk Aiman..


Walaumacammanapun, aku lebih utamakan bagi fresh milk kat Aiman, cuma bila ada susu lebih yg xguna sampai 5 hari baru aku transfer masuk df ni..and tiap2 hari aku still keluarkan 1 @ 2 bag susu EBM ni untuk bawak ke nursery...kena ingat ya, prinsip FIFO mesti sentiasa diamalkan bila rolling stok susu ni..:-)

Feb 15, 2012

My Breastfeeding Journey!

Salam 1 malaysia, Salam Perak Aman Jaya.....(aku pun xtau mai mana Perak Amanjaya tu..selalu dengaq time perhimpunan JKN and dlm meeting2..hehe)

Hari ni aku nak share camana aku boleh start breasfeeding adik Aiman..Kalau dulu masa bersalinkan Alim info yg aku ada pasal bf ni memang zero...yg aku tau masa tu ibu2 bg susu badan sbb masa dalam pantang susu banyak so kena la bg direct bf untuk bg breast xbengkak...bila dah stat keja terus bagi susu formula sebab senang nak tinggal kat pengasuh...aku cuma bg direct feeding bila time balik keja..masa tu memang aku xtau langsung pasal susu badan kita boleh pam and simpan buat EBM dan lain2...dan hasilnya aku hanya dapat breastfeed ALim sampai umur dia 4 bulan saja...susu badan aku kering lepas tinggal dia 2 minggu kt kampung sebab aku kena pegi Kursus Induksi...

Masa mengandungkan adik AIman, barulah aku dapat kumpul maklumat ckit2 pasal breastfeeding dari sepupu2 aku Niesya, Amrina and Zahira...dari depa aku diperkenalkan dengan laman2 web dan group2 pasal Penyusuan Susu Ibu. Aku banyak refer kat web Susuibu dan paling banyak kat Facebook Kumpulan Ibu Menyusukan.Kat sini ramai ibu2 yg breastfeeding berkongsi2 maklumat dan pengalaman pasal breastfeedin..Dari pembacaan dan kongsi pengalaman aku pun stat berazam untuk bagi fully breastfeed pada baby yg akan lahir kali ni..

Untuk bagi semangat untuk aku bf baby yg akan lahir, aku stat beli pam susu masa kandungan 7 bulan..Aku beli pam Avent manual, itupun aku beli dari sepupu aku Zahira sebab dia beli xsempat guna susu badan dia dah kering..Masa tu aku beli harga RM150 ja, kalo ikut harga asal RM 230..Penting juga kita beli pam susu siap2 sebelum bersalin, dan boleh ikut kemampuan sama ada nak beli yang manual, bateri operated ataupun elektrik..Sebab, in case lepas bersalin ibu kena separate dgn bayi, so bolehlah ibu pam susu untuk di bagi pada baby di wad.

ini bp yg aku beli 1 set and dpt extra cap, valve and nipple (gambar contoh ehsan dari Google)


aku beli botol susu avent newborn starter pack.Alhamdulillah so far, Aiman xda problem minum guna botol n puting avent.Since dlm pantang lg aku dh ajr dia minum botol and dia boleh accept tanpa sebarang maslaah. (gambar  ehsan Google jugak)
Alhamdulillah lepas aku bersalinkan AIman, baby sihat and aku dapat bagi directfeeding kat dia since hari first..cuma beberaa jam lepas lahir je aku xsempat bf nurse dh bg susu formula masa baby kat nursery..sebab nurse cakap suruh ibu rehat dulu...baby biar tinggal kt nursery...huhu

Bila dah balik berpantang di kampung, aku memang bagi direct feeding je kat Aiman, walaupun masa awal2 tu memang susah ckit sebab susu badan kita banyak tp baby minum sikit dan kerap jugak la baby tersedak masa tgh df tu sbb susu kuar laju kan...risau jugak aku..tp lama2 dia boleh kontrol sendiri...Masa dalam berpantang ada juga aku pam sebab nak kurangkan bengkak breast, seeloknya bila time breast penuh, kita pam bg keluar ckit sebelum bg baby isap untuk elakkan susu kluar laju time baby isap...so, susu yg aku pam tu aku just simpan dlm freeze and guna bila nak pergi hospital atau klink check up kuning baby...sebab adik Aiman pun masa lahir dapat jaundice lama jugak..sampai dekat sebulan..tu yg kena kerap pegi hospital amik darah....

Dalam tempoh berpantang iaitu dari hari 1st sampai la hari ke 44, aku belum start buat stok susu EBM, semua susu yg aku pam dalam tempoh tu semua aku guna and kebanyakan masa aku hanya df baby AIman sampai la bila aku dah balik ke rumah kami di Ipoh, baru aku stat pam and buat stok EBM..Selalunya setiap kali pam aku hanya dapat dalam 2 oz camtu..dan aku make sure akan df or pam susu setiap 2 jam...malam2 pun aku akan bangun tiap 2 jam untuk bg susu kt Aiman...sampai la Aiman dah 2 bulan lebih and dia tido lama ckit, aku akan make sure susu dipam setiap 2-3 jam sekali...

Masa awal2 aku pam memang dapat sikit, 15 minit pam baru dpt 0.5oz - 1oz ja sebelah..tp bila lama2 and pam dah serasi dengan badan kita hasil pam meningkat sikit2 and average dapat pam dalam masa 10-15 minit dalam 3 oz (sebelah)..ok la tu seba baby pun kerap df kan...Alhamdulillah Allah permudahkan impian aku untuk bagi full bf pada baby Aiman...


Feb 14, 2012

Stok Susu Aiman

Aku ni kalau stat bercerita memang xleh stop...xreti nak buat cerita pendek2..bila stat ja menaip memang payah nak stop..conclusionnya aku ni xreti nak buat ringkasan bila nak story something...mesti akan jadi cita panjang punya..tp xpa...layan ja...hehe

Kali ni aku nk share stok susu Aiman dari lahir sampai sekarang...dah 5 bulan 1 minggu...korang layan gambar je dulu...nanti aku story pengalaman aku fully breastfeed adik Aiman okey!

14 September 2011 : Hasil Perahan pertama kali  guna breastpump AVent  Manual
16 September 2011 : time ni kena mastitis bila pump ini hasilnya
17 Oktober 2011 : stat kumpul stok
23 Oktober 2011 : Hasil kumpul stok selama 1 minggu
25 Oktober 2011 : Hasil perahan guna Spectra 3
22 November 2011 : stok yg ada sehari sebelum aku stat keja
22 November 2011 : yg dah beku aku letak kt pintu utk jimat space
22 November 2011 : stok  fresh untuk bawak ke nursery hari 1st
15 Disember 2011 : after a month stat keje 

18 Disember 2011 : hasil tuaian di Subuh hari (time ni dekat time nak datang period)
24 Disember 2011 : genap sebulan aku stat keja dah full freezer

16 Januari 2012 : hasil pam kebiasaan aku dapat time pump kt ofis  sesi pagi  (usually 9-10 am aku pum)
 Jangan salah paham yer, bukan niat aku nak riak atau bangga dengan stok yg aku dapat kumpul ni...aku cuma niat ikhlas nak share camana aku stat kumpul susu dari dalam pantang sampai sekarang...ALhamdulillah sangat bersyukur dengan rezeki yg ALLah bagi ni untuk adik AIman..semoga dapat membakar semangat para ibu yg berazam untuk fully bf anak masing-masing...aku story next entry ya..

**Kalo korang tgk pic tarikh 24 Disember 2011 tu, sure korang tertanya2 camana aku sumbat stok EBM tu kan smpi sekarang dah bulan Februari...hehe tungguuuu.....

Feb 11, 2012

Pengalaman Bersalinkan AIman

Setiap kali pun mesti nak berazam update blog ni selalu, tapi hasilnya setahun ada la 5,6 kali kot berupdate..ikut mood and masa yg ada je la..anyway, I will keep trying to write something walaupun outdated punya story ya....hehe

Kali ni I nak share pengalaman masa bersalinkan adik Aiman...due date kalo ikut kiraan LMP is 6 September 2011, tapi masa check up kat Poliklinik Maxwell, Dr Zulkarimah bg due date 7 September plak base on kalendar roda Dr tu punya and tarikh due date dr gambar scan masa week ke 10 lak is 6 September 2011...and masa dah 32 week, check up kt Ipoh Specialist, Dr SHarifah bg date plak hasil refer pada kalendar  roda Dr tu pulak is 9 September 2011...so, ada 3 date yg berbeza...I pun naik confuse...hehe

Untuk bersalin kali ni memang I dah plan nak amik cuti bersalin 3 bulan, and I start cuti 14 hari awal dr tarikh due date yg Dr. Zulkarimah bagi tu sebab tarikh tu yg tercatat pada buku check up monthly I kat Klinik Maxwell.Masa nak apply cuti bersalin awal dr tarikh jangka bersalin, kena bagi salinan muka depan buku rekod (buku merah kalo check kt KK) yg ada tulis due date...So, I stat cuti pada 24 Ogos 2011, seminggu sebelum raya..

Kiranya I apply cuti bersalin tu untuk sambut raya sekali la if bersalin lewat..dan Alhamdulillah, baby AIman budak yg sangat baik sebab dia bg chance mama dia ni raya puas2 and makan puas2 menu hari raya, supaya nnti time berpantang mama xdk la rasa tringin sgt nak makan sbb dh makan masa time raya kan...


family potret raya Tahun 2011...tgk la abg alim tu dok xdiam seminit..susah nk dpt pic cantik...


Peacee...... hari lepas snap pic ni Adik Aiman selamat keluar..hehee

Hari ke 6 raya, 5 September 2011 (Ahad), I and husband bertolak balik Ipoh sebab husband dah start keje esok hari tu, disebabkan due date pun lg 1,2 hari jer, so kitorang balik 2 orang je, abang ALim tinggal kat kampung siap2...I ikut hubby balik sebab kalo still xbersalin, 9 hb tu kena follow up kat Dr. Sharifah...Masa otw balik atas kereta mmg dah rasa mcm contraction ckit2...tp bila dh smpi rumah xrasa dh pulak...lg pun tanda2 lain pun xda lg...

Malam tu kitorang keluar dinner kat kedai mamak D'Naina, I sempat makan maggie goreng and roti Arab...pastu singgah stesyen minyak bli pulak Ais Krim Cornetto...hehe makan puas2 selagi lalu kan...:-)

Malam tu mmg xrasa apa2 lg...bangun pg husband p keje, I bangun lewat ckit saja lepak2 baring2 xtau nk buat apa, dlm kul 10 bangun mandi2 basuh baju n buat keje umah ckit..masa tu dh rasa mcm sakit senggugut ckit2..contraction ckit2..sambil2 online fb terbaca la comment2 kt group Hospital Bersalin kisah2 pasal tanda2 nak bersalin, then ada terbaca post sorang tu dia crita dia rasa mcm yg I rasa tu then bila p hospital check bukaan dh 4 cm kot...I pun dah xsedap hati bbm hubby bgtau nak ajak dia  p cek kt hospital takut2 dh ada bukaan servik...

Pastu husband suruh siap2 dia balik amik trus kluar g hospital, masa tu xde la rasa contraction sgt, cuma dok rasa mcm senggugut tu jer, beg2 mmg dh lama packing simpan dlm bonet keta dah...masa smpi hospital I just bawak kain batik ja selai dlm handbeg...trus pegi kt Emergency and diorang suruh naik tingkat 2 ke Wad Bersalin..pagi tu mmg I xsempat makan apa2 lg pun sbb ingat lps p cek kt hospital baru la nk g mkn...tup2 masuk je dalam wad tu nurse call Dr. Sharifah, and kebetulan ada 4 org patient Dr. Sharifah hari tu, dlm kul 1 lebih Dr datang and check bukaan rupanya dh 3 cm....Dr bgtau hari ni dah boleh bersalin, Dr. pecahkan air ketuban and tgk progress smpi kul 5.30 dr. nak induce masuk drip...time tu aku dah nervous dh sbb rs mcm xcaya dh buka 3 cm..sakit contraction xrasa lak tu...masa time alim dulu ada leaking, tp kali ni xde apa2 cuma rs senggugut tu ja...Dr. pesan xbg aku mkn berat2 takut kena emergency CS payah pulak...nurse just serve milo panas n roti je..and aku ada bwk bekal roti dr umah sama...so, ptg tu mkn tu je la..risau plak takut xdk tenaga nak push2 nnti...

Bila dah kul 5.30 tu dr. dtg cek bukaan still 3 cm lebih ckit dr kata, and dia soh tolak masuk Labour room nak bg induce, sepanjang kt wad tu hubby jer la teman I and masa tu I dh update status kt FB and ramai la kawan2 yg sama2 tolong doa bg mudah bersalin...Actually masa kt rumah lagi I dh rendam air akar Fatimah yg mak bg, mak pesan minum air rendam tu bila dh stat rasa sakit supaya cepat buka laluan...

Masa dalam LR, dr kul 5.30 tu sampai kul 10 kot lepas dr. bg ubat induce tu, baru stat rasa sakit contraction, tp setiap jam dr. dtg cek bukaan stil lmbt, masa kul 10 tu bukaan baru 4 cm...I dh naik risau sbb dr. kata if progress lmbat nk kena operate and dia bg masa smpi kul 12...mulut mmg xhenti2 baca doa2 and ayat kursi...and dalam masa tu jugak dengaq la patient2 kat bilik LR sebelah bersalin ada dlm 3 patient kot yg dh slamat bersalin sepanjang aku kt situ....sronoknya bila lepas dengar ibu2 tu teran, pastu dengar suara baby nangis...lega ja rasa depa dh selamat bersalin,,aku ni yg lmbat...dlm kepala mmg dok fikir mcm2 la....huhu bila dah rasa sakit xtahan, nurse situ offer nak bg Pethidine kat aku, dia kata Pethidine leh bantu untuk cepatkan bukaan serviks sebab kita akan kurang bergerak sbb rasa sakit tu akan rasa kurang ckit and progress pun akan jd cepat...aku pun setuju and bila dh masuk Pethidine, mmg jadi lali ckit la...sempat la aku terlelap sat...waktu tu hubby mmg ada kat sisi aku ja...kesian pun ada sbb dr siang dia dok tunggu aku, tp aku mmg berharap sgt2 bersalin kali ni nak husband ada sekali....Alhamdulillah dalam kul 12 dr. dtg cek bukaan dan 5 cm...dia minta nurse increase kan dose ubat induce tu bg cepat contract...masa tu aku rasa sakit tp kira bleh tahan la sbb dh amik Pethidine...dlm kul 12 stengah camtu kot aku dh rasa ckit2 mcm nak terbuang air besar..panggil nurse dtg tengok and dia cek dh 8 cm...dia trus panggil dokter and trus siap2 nak sambut baby...lepas 2,3 kali push camtu Alhamdulillah baby keluar dengan selamatnya....lega rasa lepas tu...dr. trus letak baby atas dada aku...ya, its confirm boy...hehe and baby lahir tepat tarikh due date yg ikut LMP iaitu 6 September 2011 jam 12.58 am...


few hours after deliver

tidooo jer masa kat hospital...good boy...

Memang rasa lega sangat bila dah selamat bersalin and happy sbb kali ni husband dpt tgk live aku bersalin...dia pun kecut perut bila tgk kepala baby dh nak kuar tu...dia kata dia risau baby lemas and aku xlarat nak push tu yg dia pun jerit soh push sama naik....hehe bila dah siap semua nurse tolak aku ke bilik...and baby lak husband je yg pegi bg azan n iqamah...esok paginya baru nurse bawak baby ke bilik untuk menyusu...so, baby Aiman pun xsempat nak menyusu ibu dulu, sbb masa kat baby room depa  dah bg susu formula...:-( aku pun xtanya time tu sbb ingat lepas aku sampai bilik nurse nak hantar baby, tapi nurse kata suruh aku rehat dulu, pagi esok baru nurse hantar baby kat aku...sedikit rasa kecewa kat situ...tp xpa la, aku tetap berazam nak breastfeed adik AIman...

I will share my breasfeeding moment lak pasni yer...