Feb 15, 2012

My Breastfeeding Journey!

Salam 1 malaysia, Salam Perak Aman Jaya.....(aku pun xtau mai mana Perak Amanjaya tu..selalu dengaq time perhimpunan JKN and dlm meeting2..hehe)

Hari ni aku nak share camana aku boleh start breasfeeding adik Aiman..Kalau dulu masa bersalinkan Alim info yg aku ada pasal bf ni memang zero...yg aku tau masa tu ibu2 bg susu badan sbb masa dalam pantang susu banyak so kena la bg direct bf untuk bg breast xbengkak...bila dah stat keja terus bagi susu formula sebab senang nak tinggal kat pengasuh...aku cuma bg direct feeding bila time balik keja..masa tu memang aku xtau langsung pasal susu badan kita boleh pam and simpan buat EBM dan lain2...dan hasilnya aku hanya dapat breastfeed ALim sampai umur dia 4 bulan saja...susu badan aku kering lepas tinggal dia 2 minggu kt kampung sebab aku kena pegi Kursus Induksi...

Masa mengandungkan adik AIman, barulah aku dapat kumpul maklumat ckit2 pasal breastfeeding dari sepupu2 aku Niesya, Amrina and Zahira...dari depa aku diperkenalkan dengan laman2 web dan group2 pasal Penyusuan Susu Ibu. Aku banyak refer kat web Susuibu dan paling banyak kat Facebook Kumpulan Ibu Menyusukan.Kat sini ramai ibu2 yg breastfeeding berkongsi2 maklumat dan pengalaman pasal breastfeedin..Dari pembacaan dan kongsi pengalaman aku pun stat berazam untuk bagi fully breastfeed pada baby yg akan lahir kali ni..

Untuk bagi semangat untuk aku bf baby yg akan lahir, aku stat beli pam susu masa kandungan 7 bulan..Aku beli pam Avent manual, itupun aku beli dari sepupu aku Zahira sebab dia beli xsempat guna susu badan dia dah kering..Masa tu aku beli harga RM150 ja, kalo ikut harga asal RM 230..Penting juga kita beli pam susu siap2 sebelum bersalin, dan boleh ikut kemampuan sama ada nak beli yang manual, bateri operated ataupun elektrik..Sebab, in case lepas bersalin ibu kena separate dgn bayi, so bolehlah ibu pam susu untuk di bagi pada baby di wad.

ini bp yg aku beli 1 set and dpt extra cap, valve and nipple (gambar contoh ehsan dari Google)


aku beli botol susu avent newborn starter pack.Alhamdulillah so far, Aiman xda problem minum guna botol n puting avent.Since dlm pantang lg aku dh ajr dia minum botol and dia boleh accept tanpa sebarang maslaah. (gambar  ehsan Google jugak)
Alhamdulillah lepas aku bersalinkan AIman, baby sihat and aku dapat bagi directfeeding kat dia since hari first..cuma beberaa jam lepas lahir je aku xsempat bf nurse dh bg susu formula masa baby kat nursery..sebab nurse cakap suruh ibu rehat dulu...baby biar tinggal kt nursery...huhu

Bila dah balik berpantang di kampung, aku memang bagi direct feeding je kat Aiman, walaupun masa awal2 tu memang susah ckit sebab susu badan kita banyak tp baby minum sikit dan kerap jugak la baby tersedak masa tgh df tu sbb susu kuar laju kan...risau jugak aku..tp lama2 dia boleh kontrol sendiri...Masa dalam berpantang ada juga aku pam sebab nak kurangkan bengkak breast, seeloknya bila time breast penuh, kita pam bg keluar ckit sebelum bg baby isap untuk elakkan susu kluar laju time baby isap...so, susu yg aku pam tu aku just simpan dlm freeze and guna bila nak pergi hospital atau klink check up kuning baby...sebab adik Aiman pun masa lahir dapat jaundice lama jugak..sampai dekat sebulan..tu yg kena kerap pegi hospital amik darah....

Dalam tempoh berpantang iaitu dari hari 1st sampai la hari ke 44, aku belum start buat stok susu EBM, semua susu yg aku pam dalam tempoh tu semua aku guna and kebanyakan masa aku hanya df baby AIman sampai la bila aku dah balik ke rumah kami di Ipoh, baru aku stat pam and buat stok EBM..Selalunya setiap kali pam aku hanya dapat dalam 2 oz camtu..dan aku make sure akan df or pam susu setiap 2 jam...malam2 pun aku akan bangun tiap 2 jam untuk bg susu kt Aiman...sampai la Aiman dah 2 bulan lebih and dia tido lama ckit, aku akan make sure susu dipam setiap 2-3 jam sekali...

Masa awal2 aku pam memang dapat sikit, 15 minit pam baru dpt 0.5oz - 1oz ja sebelah..tp bila lama2 and pam dah serasi dengan badan kita hasil pam meningkat sikit2 and average dapat pam dalam masa 10-15 minit dalam 3 oz (sebelah)..ok la tu seba baby pun kerap df kan...Alhamdulillah Allah permudahkan impian aku untuk bagi full bf pada baby Aiman...


No comments:

Post a Comment