Tajuk kat atas tidak dituju kepada sesiapa2 pon yer..ia cuma sebagai perumpaan bagi diri tuan punya blog ini sendiri iaitu hamba..hehe Maunya tak hangat2 ta** ayam..baca entry mula2 tu pon dah tau sebab apa kan..selpas 3 bulan baru ku masuk entry berikutnya..hehe itu la..mula2 mcm semangat nak berblog..tapi xdak masa pon nak update..hagham jer kan..
Ok lah..nak cerita pasal semalam..hari isnin kelmarin aku bertolak ke KL selepas waktu pejabat bersama My hubby n Alim cayang.Saja je pegi KL ada urusan sikit, dah hubby cuti hari Selasa so aku pon amik la off sehari untuk menemani beliau ke KL nun..sampai dah kul 8 lebih trus ke Kg Baru cadangnya nak dinner dulu..tp bila dah sampai area Kg. Baru tu Alim pula telah melepaskan air besar..so, kami pon balik la dulu ke rumah ayah di Sri Putramas (rumah abang Yan)..Lepas siap2 mandi2 baru keluar semula ke Kg Baru dan makan Nasi Lemak di City Garden..Aku xpenah miss makan kat sini kalau jalan2 KL..nasi lemak dia memang ummphh..plus sambal2 dia yg memang terangkat abes..aku lebih prefer nasi lemak ini daripada Nasi Lemak Antarabangsa tu..
Kalau sapa2 yang xtau kedai makan ni ia terletak bersebelahan Sekolah Rendah Kg Baru (aku xingat nama sekolah ni) kat Jalan Raja Alang tu..tapi rasanya semua orang pon dah tau tempat tu..xyah la aku nak crita lebih2 ekk..hehe Tapi yang xbesnya aku xleh nak makan puas2 sebab perut aku telah sakit disebabkan angin yang telah terkumpul sejak tengahari sebab masa lunch aku xmakan..huhu aku cuma mkn 2 bungkus jer tu pon xabes sebab aku xmkn sambal2 dia pon mkn ns putih2 ja sebab takut akan menerukkan lagi kesakitan di perut ku ini..huhu Lepas makan terus balik ke rumah abg Yan dan trus tido...
Keesokannya hari Selasa 16/6/2009 , cadangnya nak jumpa kawan aku pagi, kami pon siap2 la mandi2 pastu kuar pegi Pejabat Mara kat Jalan Raja Laut jumpa mmber husband dia ada kirim kat member tu beli barang kreta..lepas jumpa kitorang pegi breakfast kat Kg. Baru lagi..aku xreti la nak pegi mkn2 kat tpt lain kat KL ni..kt Kg Baru ni jer yg aku tau pon sbb almaklum la 4 tahun aku dok kat hostel kat Jalan Raja Alang tu masa study kat UKM dulu..so, kat sini memang kaya la dengan kedai2 makan yang bersusun-susun..pilih jer nak yg mana 1..tp aku slalu pegi kedai yg sama ja yg aku suka..heheh
Lepas breakfast member aku msg kata nak jumpa petang pulak kul 3..ingat nk jln2 shopping2 dulu tp stroller alim plak xbawa malas lak nk p jln2 kitorang balik lepak kat rumah abg Yan balik..sembang2 pastu terlena smpi kul 3..bangun siap2 kuar pegi Selayang jumpa mmber aku tu kejap..lepas siap urusan jumpa dia dah dekat pkul 5, smlm dah janji nak pegi rumah fiera member skolah aku masa Form 1, bila call dia ckp dia kat hospital lagi sebab kena tambah darah..Fiera ni pregnant, dia dah bgtau aku pagi2 dia kena pegi jumpa doktor ingat hari ni skejap jer la appointment tgk2 kena tahan kat hosp smpi petang..so, aku xmau la menyusahkan dia, kitorang lajak pegi Shah Alam, sempat sms kawan baik aku Achik (bestfren masa study UKM) nak jumpa dia, dia plak baru abes keje trus ajak pegi umah dia trus kat Setia Alam..Mula2 ingat nak bawak Alim pusing2 Bandar Shah Alam dulu melawat tempat aku dating dulu masa bercinta..hehe tapi xsempat sebab rupanya rumah achik bukan dalam Bandar Shah Alam tu..rupanya jalan nak pegi Kelang sana..So, trus la pegi rumah Achik trus..
Lama aku xjumpa kawan baik aku sorang ni..last jumpa masa hari wedding aku dulu..lepas tu masa dia wedding aku xleh p sebab masa tu tengah sarat nak bersalin dah..xberani la nak jalan jauh2 ke Johor nun..baru sekarang sempat jumpe..Achik ni baru jer transfer ke Shah Alam dari JB, sian die lepas kawen dekat setahun baru leh dok sekali...masa pegi rumah acik ni best la, area taman perumahan tu semua baru siap ada park lagi ngan tasik n tempat joging2..cantik tpt dia...Jumpa Achik kejap jer, sempat la borak2 tengok album kawen dia yg canggih itu minum2 pastu trus gerak balik KL balik..nak kena cepat2 sbb mlm nak kena jumpa kawan aku kat Selayang pulak kul 9..
Sampai rumah trus mandi siap2 trus gerak ke Bandar Baru Selayang, jumpa kawan aku makan2 then pegi meeting jap pastu kul 12 kitorang gerak balik Ipoh..masa ni Alim dah tido, sian dia xkacau pun..On the way balik husband bawak keta laju gila..aku tgk meter rsnya hamper 150km/hr..nasib la keta xbanyak, aku risau gak..bgtau dia kata nak tido tp pdhal aku xleh lenapon, aku ni xbrapa nak harap klu naik keta ngan sapa2 pon..even ngan my darling husband walaupun dia cekap tp aku tetap rs xconfident, melainkan aku drive sndiri xpe..hehe Dalam kul 2.15 am aku dah sampai rumah..bleh catat aku rekod aku rasa kali ni dari KL ke Ipoh xsampai 2 jam pon..tu baru naik Gen2 kalau naik Cefiro enjin supra husband aku nnti mesti lg laju ler dia bawak..huhu sampai rumah angkat Alim cayang n barang2 trus masuk tido..esok nak keje pulak..huhu percutian singkat yang agak penat..hehe
**nota kaki : gambar xdiambil sepanjang perjalanan..next entry akanku cuba upload gambar2 yang bersesuaian ok..enjoysss