Showing posts with label masak2. Show all posts
Showing posts with label masak2. Show all posts

Jul 3, 2010

Birthday Alim Dzakwan 2nd!!

19 Jun 2010 Genap la birthday Putera kesayangan aku & suami, Muhammad Alim Dzakwan yang ke 2 tahun..tak sempat aku nak buat entry khas sempena Birthday Alim cayang..huhu mama dia dok sibuk sokmo, xsempat nak jenguk blog ni..

Kali ni mama & Alim dah setuju untuk sambut birthday Alim kat kampung..sebab kebetulan Hari Sabtu tu ayah @ Papa alim pun off-day so bleh la balik kampung sambut birthday kat rumah Baba & Tok Alim..Layan la gambar2 masa birthday party ALim cayang tu ekk..:-)
Menu 1 : Laksa (tempah dari Cik Milah)

Menu 2 : Puding Cocktail ( made by Mama ALim)

Menu 3 : Mee Sanggul Goreng ( tempah dari Makcik Kantin Sekolah Tok ALim)

Menu 4 : Karipap & Cucur Badak (tempah dari Makcik Kantin sekolah Tok ALim)


Menu 5 : Kek Batik (Made by Mama ALim)

Birthday Cake theme Upin Ipin sebab ALim sangat minat kartun Upin Ipin ni..(tempah dari Arima Cake House, Pengkalan Hulu)

Inilah birthday boy...dah besar anak mama...dah pandai macam2....cayang Alim cangat!!!

Ini sepupu ALim...anak Mamak Yan (abang Mama ALim)

Birthday boy tiup lilin..semangat ALim meniup sampai bersembur ayaq liuq xtau la..hehhe
Sebelah ALim tu Kak Iman, sepupu ALim sebelah Papa (anak adik Papa ALim)

Antara tetamu yang hadir...mama just jemput adik bradik terdekat jer...terkilan plak sebab terlupa nk jemput kawan Mama (WIdad) yang duduk depan rumah jer...ingatkan WIdad xda kt rumah..dah malam baru tau dia ada kt rumah siang tu..huhu sorry yer Widad...buat kalut2 camni la...huhu

Alim bergambar bersama budak2 kampung...dulu masa mama kecik2 tiap kali buat birthday party, Baba ALim mesti kumpul semua budak2 kampung ambil gambar ramai2..dulu2 ramai budak2 tp skrg budak2 tu semua dah besar dah beranak pinak..tinggal budak2 kampung sekarang yg dah xramai & xmeriah mcm mama kecik2 dulu...

Anak mama dah masuk 2 tahun..sekejap jer rasa...mama masih teringat lagi saat2 melahirkan ALim dulu...sedih dan gembira bercampur baur...sekarang dah besar dan dah pandai macam2...walaupun mama selalu marah2 ALim bila ALim nakal2, mama bukan xsayang ALim, mama nak anak mama menjadi anak yang mendengar cakap dan menjadi anak yang baik...mama doakan ALim membersar menjadi anak yang soleh dan membanggakan mama dan ayah serta menjadi contoh kepada adik2 ALim nanti ya...semoga Tuhan panjangkan umur sayang mama dan membesar dengan sihat dan kuat ya...:-)



Dec 8, 2009

Moist Choc Cake with ganache topping

Hari ni terasa nak buat entry pasal masak2 plak..first entry memasak ni aku nak kongsi resepi moist choc cake with ganache topping..hehe Actually, resepi ni semua yg segera jer, tepung kek tu aku beli jer yg Nona punya yang ada banyak jual kat supermarket tu..amik yg dia tulis Moist Choc Cake..pastu ikutjer arahan kat kotak dia tu ekk..kan senang..hehe

Kalau ikut kat kotak tu, kita perlu sediakan bahan2 ini aje :
1) Air masak 250 ml

2) 5 biji telur Gred A
3) 125 g butter yang telah lembut.


Cara membuat kek :
- masukkan tepung ke dalam mangkuk - kemudian masukkan semua bahan tadi dan kacau sebati. (kalau nak senang blend jer semua dalam blender)
- masukkan adunan tadi ke dalam tin membakar. dan bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 45 minit.
- setelah kek masak, uji menggunakan lidi dengan mencucuk di tengah kek bg memastikan kek telah masak sepenuhnya.
- sementara menunggu kek sejuk
sediakan bahan2 untuk membuat ganache


ini rupa kek yang siap dibakar

bahan2 yang diperlukan ialah :
1) 150gm whipping cream
2) 200gm cooking chocolate

3) 1/2 tbs majerin
4) 1 tbs madu utk mengilatkan ganache


* Masak whip cream hingga berbuih. Angkat dari api dan masukkan cooking choc
yg telah dikiubkan. Kacau sebati. Masukkan majerin dan madu. Kacau rata.

- setelah siap tuangkan ke atas kek tadi dan sedia dihidang.sesuai untuk minum petang dan bekalan anak2 ke sekolah. senang kan resepi ni, xsampai sejam dah siap..hehe

dan inilah hasilnya :



nampak sedap x?hehe klu nak tau kena la cuba yer kawan2..xrugi guna resepi ni tekstur kek dia memang moist dan rasa sedap sangat..klu bleh hari2 aku nak buat & makan kek ni..tp kena kontrol la nnti berat lg bertambah2..huhu tp, my husband memang suka sgt kek moist choc ni, tiap kali pegi Secret Receipe kek ni jer yg diorder x jemu2..tu yg aku buat sendiri ni dan hasilnya mmg dia suka..hehe Alim pulak entahla bila nak suka makan kek & roti..2 makanan tu mmg musuh dia, dpt habis diramas2 kotopr rumah jer dibuatnya..huhu

Selamat Mencuba!!