Petang dalam pukul 3.30 baru kami bertolak balik kampung, esok hari Sabtu tu Papa amik cuti sebab nak pegi kelas. kalau tak Jumaat malam tu Papa keja lagi shift malam, tapi terpaksa apply cuti untuk pegi kelas pagi Sabtu, mana sempat kalau abeh keje pagi sabtu baru nak p kelas, kelas kat Kulim, selalu tiap2 minggu kalau dari Ipoh pagi2 kul 5.00 pagi Papa dah bertolak pegi kelas.Sian kat Papa terpaksa korbankan cuti tahun untuk pegi belajar, sebab Papa keja shift kan,hari off day xtentu, nasib baik la awal2 tahun ni hari off day Papa jatuh hari Sabtu..tp bukan tiap2 minggu la..dah 5 hari Sabtu Papa kena amik cuti tahunan.. kelas pulak every Sabtu pagi sampai malam..tapi, xpa sebab start bulan Mac ni Papa dah dapat tukar Bahagian SVR pulak, so dah xkena keja shift, and setiap Sabtu n Ahad cuti, tapi maybe ada weekend2 yang Papa kena standby..tp xkisah lah sekurang2nya Papa cuti setiap Sabtu untuk Papa p kelas...
Dah melalut cita pasal lain plak...xberkenaan langsung dengan tajuk entry kan...hehe ok layankan ja la gambar2 yg mama snap masa time cuti hari tu...
time on the way balik kampung, dah penuh bintik2 campak kt muka adik Aiman |
Petang tu kami sampai dah dekat Maghrib, abang Alim bukan main sronok tengok mama, Papa and adik Aiman, dia tengah tengok tv ngan kakak Iman masa kitorang sampai..Campak kat badan ALim dah lega, tapi parut kat badan still ada lagi, amik masa juga la sementara nak hilang sepenuhnya..tapi kat muka Alhamdulillah dah xdak parut...
Adik Aiman melaram ngan spek mata hitam abg ALim punya..abang ALim kata dia nak jadi BRuno Mars nyanyi lagu lazy song tu suruh Wan beli spek ni...hehe |
Sian adik AIman, badan dia mama sapu Clamine Lotion xnau bagi gatal2.. |
Hari Ahad, mama n Papa ada appointment ngan CIkgu Azizan yang mengajar sekali Tok (my mom), so kami bawak Abg ALim ja pegi jumpa cikgu tu kat sekolah Tok, Sekolah Kebangsaan Penghulu Abu Bakar (Bongor)...mama jumpa cikgu tu pasal nak sain dokumen Insuran Prudential yg mama and Papa..Adik Aiman n abg Alim pun kami buat sekali pakej Medical Card Prudential Takaful..masa sampai sekolah tu budak2 tengah rehat rasanya, Alim bukan main seronok and excited tgk budak2 sekolah ramai, dia ingat mama nak hantar dia p sekolah tu, siap dok suruh mama beli baju sekolah warna putih tu..lepas settle jumpa Cikgu Azizan, kami nak jumpa Tok tapi dok call henset Tok xjawab pulak maybe Tok ada keja kami terus nak balik pegi kedai lain pulak mama nak gunting rambut..Masa nak balik Alim buat perangai pulak nangis2 xmau balik dia nak p sekolah situ..puas pujuk, mama angkat masuk dalam keta baru ok...
Kami bertolak balik Ipoh petang dalam ukul 5.00 pm.. and sampai Ipoh dan Maghrib terus pegi beli makanan untuk makan malam..
Keesokan hari tu hari Isnin (20 Februari), Papa off day, mama pulak keja..so, adik Aiman tinggal kat rumah ja Papa jaga..abang ALim pulak mama hantar ke nursery..pagi2 sebelum p nursery tu siap bgtau mama "ALim xnak pegi nursery, Alim nak pegi sekolah yg ada abang pakai baju putih seluar biru tu..."....hehe lepas pujuk2 mama ckp suruh dia blaja pandai2 dulu kt nursery baru leh masuk sekolah Tok..dia pun ok..tp pagi tu mama keluar rumah awal pagi dok gelap lg ujan pulak, kesian plak nak suruh Alim mandi, so bawak je dia ke nursery tak mandi..Papa pulak jaga adik AIman kat rumah, bertuah sangat dapat Papa yang ringan tulang and boleh harap...jangan xpercaya Papa pun boleh jaga baby siap bagi mandi, bagi susu, bg tido..susu tu mama dah pesan siap2 cara2 nak rendam semua..kira ni 1 st time mama tinggal Papa jaga Aiman dari pagi sampai petang..walaupun adik Aiman dok meragam sikit tp Alhamdulillah Papa leh kontrol...petang tu mama masak Mee Sanggul untuk Papa, tp terkurang sedap la pulak..tp Papa makan jer...hehe I love U Papa!
gaya tido Alim masa on the way balik Ipoh, bukan main mengebat lg..hehe |
No comments:
Post a Comment