Showing posts with label Avent. Show all posts
Showing posts with label Avent. Show all posts

Feb 16, 2012

Gigih Kumpul EBM

Sebenarnya aku stat buat stok EBM (Express Breast Milk) dalam masa lebih kurang 3 minggu sebelum aku naik keje...Actually, sebulan sebelum aku stat keje, aku dh train Aiman minum susu guna botol..setiap hari time siang dr kul 8 pagi sampai 5 petang aku akan bg dia minum guna botol, so aku ada 4 sesi pam tiap2 hari..iaitu :

  • pukul 6 pagi - aku akan pam if Aiman tido.selalu time ni dapat dalam 5 oz.susu fresh ni aku akan pastikan Aiman minum n habiskan sebelum pukul 10 am..sebab susu yg baru perah tahan sehingga 8 jam pada suhu bilik and if susu tu baby dh minum sikit boleh tahan sampai 4 jam. selalunya aku just isi dalam botol dalam 2.5-3 oz sahaja utk setiap feeding session.
  • pukul 9.30 pagi - time ni selalu aku pam leh dpt 8 - 10 oz..aku hanya guna dalam 3-4 oz sahaja utk Aiman minum pukul 11..sebab selalu time ni dia tido and bangun kul 11 untuk minum..baki dlm 5 oz aku simpan dlm fridge bahagian bawah(chiller).
  • pukul 1.00 tgh - kadang2 aku pam lewat ckit sbb kalut masak sama time ni..tp aku akan make sure xlebih kul 2 aku akan pam..hasil kalo pump time ni leh dpt dlm 5-6 oz...aku hanya guna 3 oz sahaja untuk Aiman minum kul 3 petang..selebihnya aku simpan fridge macam tadi..
  • pukul 4.30 - 5.00 petang - kadang2 aku skip pump time ni and bagi direct bf kt Aiman.and kalo pump pun leh dpt dlm 5-6 oz jugak..aku guna 2 oz utk AIman minum guna botol..selebihnya simpan dalam fridge..
Macam tu la aku stat kumpul stok susu untuk Aiman, sebab time ni AIman minum xbyk sangat, paling banyak pun 3 oz jer dia minum untuk satu sesi tu pun lambat nak abes kena bg ulang2 dalam masa sejam untuk dia habiskan. Susu yang aku simpan dalam fridge bawah aku biar sampai 3 - 5 hari, and lepas tu aku transfer ke bahagian freezer untuk bagi beku supaya susu boleh tahan sampai 3 bulan..dalam seminggu aku kumpul dapat la banyak ni


Bila dah stat keje, hari2 aku bawak 6 botol x 3 oz ke nursery..(4 fresh + 2 EBM yg dah di nyah beku)..tapi, tiap2 hari pun akan ada lebih dalam 3 botol sebab Aiman minum xbanyak lagi..cuma sekarang dah masuk 5 bulan baru dia stat minum banyak dalam 4oz x 4 botol sehari time kat nursery..


hari2 ke nursery aku bawak susu dalam botol ni bubuh dalam cooler bag..yg mana EBM aku simpan dlm plastik bag aku akan bawak turun ke peti ais bawah semalaman, pagi2 aku salin susu tu masuk botol macam ni, and label nombor 1 sampai 6...aku label guna masking tape je, senang nak buang bila nak cuci botol...:-)

Aku guna plastik bag brand Fiffy ni untuk simpan EBM untuk dibekukan supaya lebih jimat ruang dalam freezer..1 plastik leh muat 6oz susu..

So, tiap2 hari aku akan pump kat ofis, aku hanya sempat pump 2 kali ja pagi and petang..tiap2 hari aku dapat bawak balik dalam 16 - 18 oz...Kalau kat rumah aku lebih selesa guna pam avent manual, tapi bila kat ofis aku guna yg Spectra3 ni..sebab boleh double pumping and jimat masa..aku pump dalam 10 - 15 minit saja..



ini lah beg pump yang aku usung hari2 p ofis, dalam beg tu muat siman pump S3 , cooler bag and botol2 susu..

Bila dah sebulan lebih aku stat keja, stok susu EBM Aiman yg aku dapat kumpul makin bertambah, freezer aku pun dah penuh sampai xtau nak susun macammana lagi dah..tengok la pic kt bawah ni..aku nak simpan lauk pun dah xmuat, yg ada selain susu dalam tu hanyalah daging burger dan aispack saja....hehe


Lepas discuss2 ngan hubby, kami decide untuk beli deep freezer...mula2 aku tringin nak beli yg jenis upright brand Faber..tp bila survey kat Ipoh ni xda kedai yg jual peti ais mcm tu and price pun agak mahal sampai RM1K lebih..last2 kami beli yg jenis chest freezer brand Mistral..tadaa.....freezer ni aku simpan dalam bilik kat bawah and bilik tu slalu kami kunci untuk elak alim masuk main2 and takut tertutup suis freezer ni..


Jadi sekarang settle la masalah aku, dah xpayah pening2 fikir nak sumbat susu kt mana lagi dah..semuanya aku transfer masuk dalam df ni..bila dah masuk sini nampak macam ckit pulak..ini stok dr bulan November sampai Januari..bila dah simpan dalam df ni EBM ni bleh tahan sampai 6 bulan..bila tgk ada banyak lagi ruang dalam df ni yg boleh isi, semakin bersemangat aku nak pumping2 kumpul stok untuk Aiman..


Walaumacammanapun, aku lebih utamakan bagi fresh milk kat Aiman, cuma bila ada susu lebih yg xguna sampai 5 hari baru aku transfer masuk df ni..and tiap2 hari aku still keluarkan 1 @ 2 bag susu EBM ni untuk bawak ke nursery...kena ingat ya, prinsip FIFO mesti sentiasa diamalkan bila rolling stok susu ni..:-)

Feb 15, 2012

My Breastfeeding Journey!

Salam 1 malaysia, Salam Perak Aman Jaya.....(aku pun xtau mai mana Perak Amanjaya tu..selalu dengaq time perhimpunan JKN and dlm meeting2..hehe)

Hari ni aku nak share camana aku boleh start breasfeeding adik Aiman..Kalau dulu masa bersalinkan Alim info yg aku ada pasal bf ni memang zero...yg aku tau masa tu ibu2 bg susu badan sbb masa dalam pantang susu banyak so kena la bg direct bf untuk bg breast xbengkak...bila dah stat keja terus bagi susu formula sebab senang nak tinggal kat pengasuh...aku cuma bg direct feeding bila time balik keja..masa tu memang aku xtau langsung pasal susu badan kita boleh pam and simpan buat EBM dan lain2...dan hasilnya aku hanya dapat breastfeed ALim sampai umur dia 4 bulan saja...susu badan aku kering lepas tinggal dia 2 minggu kt kampung sebab aku kena pegi Kursus Induksi...

Masa mengandungkan adik AIman, barulah aku dapat kumpul maklumat ckit2 pasal breastfeeding dari sepupu2 aku Niesya, Amrina and Zahira...dari depa aku diperkenalkan dengan laman2 web dan group2 pasal Penyusuan Susu Ibu. Aku banyak refer kat web Susuibu dan paling banyak kat Facebook Kumpulan Ibu Menyusukan.Kat sini ramai ibu2 yg breastfeeding berkongsi2 maklumat dan pengalaman pasal breastfeedin..Dari pembacaan dan kongsi pengalaman aku pun stat berazam untuk bagi fully breastfeed pada baby yg akan lahir kali ni..

Untuk bagi semangat untuk aku bf baby yg akan lahir, aku stat beli pam susu masa kandungan 7 bulan..Aku beli pam Avent manual, itupun aku beli dari sepupu aku Zahira sebab dia beli xsempat guna susu badan dia dah kering..Masa tu aku beli harga RM150 ja, kalo ikut harga asal RM 230..Penting juga kita beli pam susu siap2 sebelum bersalin, dan boleh ikut kemampuan sama ada nak beli yang manual, bateri operated ataupun elektrik..Sebab, in case lepas bersalin ibu kena separate dgn bayi, so bolehlah ibu pam susu untuk di bagi pada baby di wad.

ini bp yg aku beli 1 set and dpt extra cap, valve and nipple (gambar contoh ehsan dari Google)


aku beli botol susu avent newborn starter pack.Alhamdulillah so far, Aiman xda problem minum guna botol n puting avent.Since dlm pantang lg aku dh ajr dia minum botol and dia boleh accept tanpa sebarang maslaah. (gambar  ehsan Google jugak)
Alhamdulillah lepas aku bersalinkan AIman, baby sihat and aku dapat bagi directfeeding kat dia since hari first..cuma beberaa jam lepas lahir je aku xsempat bf nurse dh bg susu formula masa baby kat nursery..sebab nurse cakap suruh ibu rehat dulu...baby biar tinggal kt nursery...huhu

Bila dah balik berpantang di kampung, aku memang bagi direct feeding je kat Aiman, walaupun masa awal2 tu memang susah ckit sebab susu badan kita banyak tp baby minum sikit dan kerap jugak la baby tersedak masa tgh df tu sbb susu kuar laju kan...risau jugak aku..tp lama2 dia boleh kontrol sendiri...Masa dalam berpantang ada juga aku pam sebab nak kurangkan bengkak breast, seeloknya bila time breast penuh, kita pam bg keluar ckit sebelum bg baby isap untuk elakkan susu kluar laju time baby isap...so, susu yg aku pam tu aku just simpan dlm freeze and guna bila nak pergi hospital atau klink check up kuning baby...sebab adik Aiman pun masa lahir dapat jaundice lama jugak..sampai dekat sebulan..tu yg kena kerap pegi hospital amik darah....

Dalam tempoh berpantang iaitu dari hari 1st sampai la hari ke 44, aku belum start buat stok susu EBM, semua susu yg aku pam dalam tempoh tu semua aku guna and kebanyakan masa aku hanya df baby AIman sampai la bila aku dah balik ke rumah kami di Ipoh, baru aku stat pam and buat stok EBM..Selalunya setiap kali pam aku hanya dapat dalam 2 oz camtu..dan aku make sure akan df or pam susu setiap 2 jam...malam2 pun aku akan bangun tiap 2 jam untuk bg susu kt Aiman...sampai la Aiman dah 2 bulan lebih and dia tido lama ckit, aku akan make sure susu dipam setiap 2-3 jam sekali...

Masa awal2 aku pam memang dapat sikit, 15 minit pam baru dpt 0.5oz - 1oz ja sebelah..tp bila lama2 and pam dah serasi dengan badan kita hasil pam meningkat sikit2 and average dapat pam dalam masa 10-15 minit dalam 3 oz (sebelah)..ok la tu seba baby pun kerap df kan...Alhamdulillah Allah permudahkan impian aku untuk bagi full bf pada baby Aiman...


Feb 14, 2012

Stok Susu Aiman

Aku ni kalau stat bercerita memang xleh stop...xreti nak buat cerita pendek2..bila stat ja menaip memang payah nak stop..conclusionnya aku ni xreti nak buat ringkasan bila nak story something...mesti akan jadi cita panjang punya..tp xpa...layan ja...hehe

Kali ni aku nk share stok susu Aiman dari lahir sampai sekarang...dah 5 bulan 1 minggu...korang layan gambar je dulu...nanti aku story pengalaman aku fully breastfeed adik Aiman okey!

14 September 2011 : Hasil Perahan pertama kali  guna breastpump AVent  Manual
16 September 2011 : time ni kena mastitis bila pump ini hasilnya
17 Oktober 2011 : stat kumpul stok
23 Oktober 2011 : Hasil kumpul stok selama 1 minggu
25 Oktober 2011 : Hasil perahan guna Spectra 3
22 November 2011 : stok yg ada sehari sebelum aku stat keja
22 November 2011 : yg dah beku aku letak kt pintu utk jimat space
22 November 2011 : stok  fresh untuk bawak ke nursery hari 1st
15 Disember 2011 : after a month stat keje 

18 Disember 2011 : hasil tuaian di Subuh hari (time ni dekat time nak datang period)
24 Disember 2011 : genap sebulan aku stat keja dah full freezer

16 Januari 2012 : hasil pam kebiasaan aku dapat time pump kt ofis  sesi pagi  (usually 9-10 am aku pum)
 Jangan salah paham yer, bukan niat aku nak riak atau bangga dengan stok yg aku dapat kumpul ni...aku cuma niat ikhlas nak share camana aku stat kumpul susu dari dalam pantang sampai sekarang...ALhamdulillah sangat bersyukur dengan rezeki yg ALLah bagi ni untuk adik AIman..semoga dapat membakar semangat para ibu yg berazam untuk fully bf anak masing-masing...aku story next entry ya..

**Kalo korang tgk pic tarikh 24 Disember 2011 tu, sure korang tertanya2 camana aku sumbat stok EBM tu kan smpi sekarang dah bulan Februari...hehe tungguuuu.....