Feb 17, 2012

Dubliners Cafe Greentown

Kali ni aku nak share pasal makan2 pulak yer..cukup dulu story bab susu Aiman, ni nak story bab nak mengisi perut mama, papa and abang ALim pulak..hehe

Kat bawah ni Papa n adik Aiman, papa baru je sambut birthday yg ke 29 pada 13 Januari lalu...(sorry semua cita yg dah lepas2 ye sbb baru skrg rajin nk tulis blog ni..hehe)...So, Papa sekarang dah ada 1 isteri dan dua anak pada usia 29 tahun..dan mama harap, papa dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki untuk sara kami semua....hehe 


Mama xdak bagi apa2 hadiah pun untuk besday kali ni, cuma hari besday Papa tu kami just keluar dinner kat luar..atas saranan kawan ofis mama, kami pun try la p makan kat Dubliners Cafe ni..kat Ipoh ni susah ckit nak cari restoran yg best2 sebab kebanyakannya Non-Halal...tapi Dubliners Cafe ni adalah restoran milik orang Melayu kita dan dijamin HALAL..Boleh Klik SINI untuk maklumat lanjut...

Cafe ni terletak kat Greentown Business Centre dan dibuka setiap hari Isnin - Sabtu jam 11.00 pagi - 10.30 malam..Hari Ahad tutup yer..Manakala jam 3 - 5 petang ditutup sementara untuk rehat...Restoran ni menyajikan makanan Barat dan juga Thai..Yang bestnya, harga bagi menu2 barat yg ada kat sini amatlah berpatutan..ada pilihan menu Ala Carte atau pun secara Pakej. (Set)..

Ini kali pertama kami datang sini, so kami just order makanan ikut Set, nama menu2 yang ada xingat la pulak, tapi anda boleh dapatkan set Chicken chop, steak, claypot, dan nasi goreng dan lain2 lagi..Setiap set didatangkan dengan appetizer, main course, dessert dan juga air..Harga dalam RM10 - RM20 sahaja per set...ingat tu hrga bawah RM20 tu adalah per SET ya..sangat2 murah kan..

Jom tengok apa yang kami makan hari tu...Actually kami order 3 set iaitu Chicken Chop untuk Mama, Nasi Goreng untuk Papa dan Spagetti Boloignese untuk Abang ALim..


Setiap set akan dimulakan dengan Appetizer ni nama dia Seafood Vol-Au-Vent...iaitu pastry yg rangup filling dgn cream campuran seafood dan sayur2an..

next is main course untuk Papa..Nasi Goreng Special (nama menu sebenar xingat)..nasi goreng ni sedap and pedas..

ini pulak Chicken Chop mama punya..rasa chicken chop ni ok sedap, tp ayam dia macam liat ckit..mungkin xmasak betul, tapi mama makan abes jugak....hehe

ini Spagetti Boloignese untuk Abang Alim..tapi mama yg abeskan sebenarnya....huhu rasa sedap, tp kuah dia kurang pekat..

last is dessert..iaitu sepotong choc cake bersama ice cream vanilla..yg ni ja abang alim makan, tiga2 dia balun kat dia..tapi dia makan ice cream tu je, kek mama yg habeskan....hehe dessert dia sedap cuma kek agak keras mungkin sbb baru keluar dari peti ais, kalo dipanaskan mesti lg sedap....

satu lagi adalah air minuman, mama & papa mintak Oren Jus, manakala abang ALim air LAici..gambar xamik la pulak..korang bleh bayang la air oren ngan laici kan..ada banyak jenis air buah yang boleh di order sama ada panas atau sejuk..

Total kitorang makan malam tu hanya dalam RM 35 + sahaja, xsampai pun RM40...murahkan??kalo kt Secret Recipe ni mau dah RM100...huhu So, sapa2 yang kat Ipoh boleh la try makan kat sini, rugi sapa xcuba..lagi review pasal Dubliners Cafe boleh klik sini..

p/s : perasan tak gambar2 tu??mama baru belajar edit gambar ngan Photoscape...hehe jgn kutuk ya, saya baru belajar..harap2 nanti terer la edit mengedit gambar ni..:-)


No comments:

Post a Comment