Showing posts with label kisah dulu2. Show all posts
Showing posts with label kisah dulu2. Show all posts

May 1, 2010

Pernah tak korang pergi sekolah lewat???

Masa sekolah rendah, aku bukanlah dalam golongan pelajar yang selalu datang awal ke sekolah..Selalunya masa darjah 1 hingga 4 aku mesti sampai sekolah time loceng dah bunyi..kalau hari ahad ada perhimpunan pun aku mesti sampai bila orang semua dah beratur and dah start nyanyi lagu negaraku..Jarang2 aku sampai sekolah awal, cuma aku akan sampai awal bila hari aku pergi sekolah dengan bas Aney atau van Paksu Derani..Tapi selalunya aku pergi dengan ayah aku, sebab ayah aku mengajar kat sekolah yang sama iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera..bukan salah aku lewat bangun pagi, tapi orang lain sama ada abang aku atau ayah aku la..hehe jadi, aku jarang la kena tahan dengan Pengawas sebab aku kan anak cikgu time tu...hehe

Tapi, aku ada satu kisah masa darjah 4 dulu di mana aku dan abang aku dihantar ke sekolah QUran Tajwid atau kelas mengaji petang lewat..bukan setakat lewat 5 minit, 10 minit, atau 30 minit..tapi lagi 15 minit kelas nak habis...hehhe

Kisah dia camni...Masa tu aku darjah 4 and abang aku plak darjah 5..satu hari kami dah lambat nak ke kelas ngaji petang..kelas petang start 2.30 pm..masa tu seingat aku dah pukul 2.30 la, kami lmbat xtau sebab apa, mungkin saja2 siap lambat sebab memang malas sbenarnya nak pegi kelas ngaji petang..sebab masa zaman tu kan ada cita Jepun petang2 kat TV xsilap cita Gaban/Kastria Baja Hitam kot..hehe masa time tu jugak kreta ayah aku hantar kt worksyop untuk cat baru..lama jugak la kreta tu kt worksyop dekat sebulan gak kot..so, kitorang kena la pegi jalan kaki sbb masa tu xdak basikal lagi..aku and abang pastu kak Fau & Ibrahim (dua pupu kami) berjalan la nk pegi sekolah petang tu...jarak sekolah aku dengan rumah ada la dalam 2km ikut short cut..sampai hujung jalan kt simpang nk masuk rumah aku hujan plak turun renyai2..tp bleh jer kalau kami jalan pegi skolah tp disebabkan rasa malas, kami mencari alasan untuk xmau pegi kelas petang tu..kami berempat pun duduk la kat pondok batu kat tepi rumah Kak Anida berteduh dr hujan tu..masa tu dah dekat pukul 3, Kak Fau & Ibrahim dah balik rumah depa dah, tinggal aku & abang dok fikir nak bg alasan apa kt ayah aku nanti.mesti dia marah sebab kami xpegi sekolah petang tu..kami  pun jalan balik rumah, tapi xberani nak masuk dalam, kami masuk ikut pintu belakang sambil senyap2 duduk menyorok kat tepi rumah..hehhe

Kami pun duduk la kat tepi rumah tunggu sampai pukul 5 lebih baru nak masuk dalam & eksyen konon2 balik dari sekolah la..hehe tepi rumah aku tu tersorok sikit, sebab ada rumah Zahira kat sebelah tu, memang kalau orang lalu pun xnampak la kami dok kat situ..bila dah lama tunggu, dah kul 4 lebih rasanya adik aku Ikhwan keluar rumah dok main2 kat luar..pastu dia ternampak kami dok kat tepi rumah tu..kami pun apa lg  x bagi la dia mai dekat & suruh dia buat eksyen xnampak apa2..adik aku masa tu baru darjah 1 kot...mana la tau apa lagi kan..lepas dia nampak kami tu dia asyik dok jenguk2 kat kami..sampai la ayah aku terperasan apa yg dia dok tengok kan..bila ayah aku jenguk kami 2 orang dok sorok kat situ terus dia panggil..memang kena marah la pastu..sebab kami menipu..huhu ayah aku nak hantar kami pegi jugak sekolah masa tu walaupun dah lewat..di sebabkan kreta xdak, terpaksa tunggu maksu aku balik keja & pinjam moto dia untuk hantar kami..

Masa tu dah pukul 5 sampai kat sekolah, ada la parents yang dah dok tunggu anak2 balik terkejut tengok ayah aku baru hantar kami datang..huhuh aku memang malu gila time tu..berjalan la pegi kelas aku kt bangunan belakang sekali..sampai je kat kelas aku terus tutup muka dok nangis kat pintu..Ustazah yg ngajar aku masa tu Ustazah Mak Puan nama dia..budak2 kelas pun heran awat aku baru sampai sedangkan lagi 10 minit dah nak balik..ada la kawan2 aku datang pujuk soh aku masuk kelas..tapi aku xmasuk sampai loceng bunyi..hehe yg abang aku plak, dengan selamba dia masuk kelas buat xtau ja...huhu Memang peristiwa tu aku xleh lupa ...bila ingat2 balik rasa nak tergelak ja..kalau la kami masuk rumah awal2, mesti ayah aku xmarah..tp disebabkan kami menyorok & menipu tu yg buat ayah aku marah sangat...Lepas2 tu memang dah serik la..aku pun dah xpi lambat lagi ngaji petang, sebab aku terus tunggu kat sekolah jer bila habis sekolah pagi sampai start ngaji petang..dah tau kan kalau tunggu ayah aku memang hari2 balik sekolah lambat, pastu nak siap2 datang ngaji petang plak..tu yg selalu lewat..huhu bila aku xbalik tengahari ada plak kisah sedih lain yang berlaku..nanti aku cita lagi ekk..nak layan ALim tengok Upin Ipin jap..heheh

Feb 27, 2010

Perkadaran Secara Tak Langsung!!

haha..tajuk entry aku kali ni memang tak boleh blah la..bunyi macam Topik dalam subjek Add Math plak kan..korang mesti terfikir adakah aku nak bagi tuisyen Add Math free kat sini??takdak maknanya la yer kawan2, adik2, kakak2 & abang2 sekelian..walaupun SPM dulu aku dapat score A1 dalam Math Mod & Add Math tu xbermakna aku masih hafal rumus2 yg penah aku study dulu yer...semua dah tinggal kenangan, dan xberguna lg pd aku skrg..hehe jadi adik2 tak payah la nak pulun teruk2 nk score dalam subjek tu yer..xpenting pon..yg pastinya korang kena score semua subjek yg korang amik jgn nk fokus kat Math jer..sbb aku tgk ramai kawan2 aku dulu macam tu..adakah sebab Cikgu yg ajar Math dulu best??so masing2 nk fokus subjek tu jer dan abaikan subjek lain...ok kita tutup bab ni kejap yer...

Apa yang aku nak story kat sini adalah tentang kisah aku dengan seseorang pada awalnya (katakan org tu adalah A)..dan pada masa yang lain aku turut mempunyai kisah dengan org yg berkait rapat dgn org pertama yg aku kenal tu (Katakan lah dia B)...
Kalu di tulis dalam bentuk persamaan lebih kurang camni la :

Aku berkadar langsung dengan A
A berkadar langsung dengan B
Jadi,....                         Aku dengan B = Berkadar Secara Tak Langsung la kan..

hehe..apa la yg aku merapu ni...kalau nak lebih faham..sila baca kisah2 di bawah ini...

Kisah 1 :

Masa Sekolah Rendah dulu aku pernah jatuh hingga menyebabkan tangan kiri aku terseliuh..bukan sekali aku jatuh yer kawan2.4 kali tau...3 kali tgn kiri terseliuh dan 1 kali terseliuh pergelangan kaki..aku akan story punca2 aku terjatuh tu lain kali ekk...mesti korang akan ingat aku ni buas kan time kecik2 dulu..tp memang pon aku buas tp tetap maintain student cemerlang okayy!!!..hehhe back to the story, tiap kali aku terseliuh tu pakcik aku akan bawak aku pergi betulkan tangan yg terkehel tu kat rumah sorang bomoh aka Pengamal Perubatan Tradisional..nama beliau Tok Wan Mud, kalau kat Baling dulu memang dia terkenal pakar urut2 dan merawat org2 yg patah2 dan sebagainya..kalau tengok kat rumah dia dulu siap ada rumah tumpangan yg dia buat khas untuk patient2 yg dari jauh tinggal sementara tempoh rawatan selesai..lebih kurang macam ala2 ward la..Masa ni aku xtau yg Tok Wan Mud ni adik beradik jugak la dengan family aku....bila dah besar skolah menengah baru aku tau yg Tok Wan Mud yg selalu merawat aku dulu ni adalah datuk kepada best friend merangkap dua pupu aku yg aku berkawan sejak sekolah rendah sampai sekarang iaitu Acah aka Asiah okay!!! masa time aku dok p dapatkan rawatan kat Arwah Tok Wan Mud ni, aku xkenal lagi Acah ni walaupun rumah dia duduk sekarang (rumah tok belah mak dia) adalah bertentang dengan rumah aku jer...heheh sebab masa tu Acah ni dok kat Kajang sebab ayah dia keje kat sana..bila darjah 5 kot baru dia pindah balik dok kat Kampung aku tu dan kami berkawan baik sampai sekarang....

Kisah 2

Masa aku darjah 4 kat SRKTP (Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera) sekolah ni ada dalam buku sejarah Malaysia...Perjanjian antara Chin Peng dgn Tunku...cikgu kelas aku masa tu nama dia Faizatul Akmal..aku memang ingat nama dia sebab aku ada kes dengan dia dan nama dia pon unik kan..hehe Masa aku darjah 4 aku pon xtau apa puncanya, aku kerap x siapkan kerja sekolah iaitu subjek Math ni la...dua tiga kali jugak aku pernah kena denda dengan cikgu Faiz pasal kes xbuat kerja sekolah ni tau...nak tau denda dia apa??aku bersama beberapa kawan aku yg lain yg xsiap kerja sekolah kena denda pergi ke kelas2 lain iaitu kelas darjah 1, 2 & 3 dan termasuk bilik Guru sambil membawa kertas bertulis yg mengatakan kami semua tak siapkan kerja sekolah dan jangan ikut perangai kami..lebih kurang camtu la ayat dia..aku xberapa ingat sebab sepanjang pergi ke kelas2 tu aku asyik tutup muka dengan tudung sambil menangis...malu siot..walaupun pegi kelas budak2 junior..aku plak time tu Pengawas..siap pakai Uniform Biru lagi..pastu pulak Ayah aku pun cikgu mengajar sekolah yang sama..nasib baik masa pegi Bilik Guru ayah aku xdak kat situ..tp aku dengar la ada cikgu2 dok tanya..."hat tutup muka tu sapa tu..anak Cikgu Mail ka??""huhu..memang xbleh lupa la kes aku kena denda ni..tp yg bestnya nak tau tak???..masa ujung tahun, aku dapat hadiah khas dari Cikgu Praktikal aku iaitu Pelajar Terbaik Matematik siap dapat piala & tertulis nama aku lagi tau..sorang lagi dapat kat budak Cina kelas lain nama dia Lian Wei Foo...bangga x bangga aku time tu..hehe Lepas tu, bila naik sekolah menengah, aku masuk SMKA Baling..dok asrama la..dan kawan aku yg dok sedorm dengan aku masa Form 1 adalah adik kepada cikgu Faiz yg denda aku tu..memang coincidence kan..sampai form 5 aku sekolah sama ngan Kicik aka Syakirah Abd Ghani)..walaupun bertukar2 dorm & bukan kelas sama tapi aku tetap rapat ngan Kicik sampai sekarang still contact..sekarang Kicik pon dah jadi Cikgu jugak..mengajar kat Kuantan kalo xsilap..aku harap Kicik hg contohi lah kakak hg..bg denda macam yg aku dapat tu..trus insaf beb...hehhehe

Kisah 3

Ini pulak kisah aku dengan suami..kitorang pernah sekolah rendah sama..dari Darjah 1 sampai darjah 5 sekejap..pastu aku pindah ke Sekolah Baling sebab nak satu sekolah ngan Mak aku..tapi dari Darjah 1 sampai 5 tu aku xpernah kelas sekali ngan hubby aku ni pon..tp kenal la sebab dia pon dok kawan2 ngan geng2 abang aku..abang aku tua setahun jer dr kitorang..masa sekolah rendah ni, sepandai-pandai aku pun ade jugak kegatalannya..hehe masa skolah rendah pon dah pandai minat org tu minat org ni..masa darjah 4 juga, ada cikgu Praktikal yg dtg mengajar kami subjek Math..cikgu yg ajar kelas aku tu nama dia Cikgu Ee Teck On ..aku still ingat nama dia ok..hehe (cuba korang sebut nama dia ulang kali laju2 apa jadi??) Cikgu praktikal ni menyewa rumah dekat ngan umah husband aku..Kg Banggol Wan Mat..aku dengan kawan aku yg gatal ni pernah pegi kayuh basikal ke rumah cikgu tu masa last day cikgu tu mengajar kitorang..xtau apa tujuan aku p sana..tp xdpt jumpa pon cikgu tu...masa pegi tu la kawan aku ni tunjuk rumah hubby aku skrg ni..masa tu aku tgk jer la..sbb aku xpernah sembang pon dgn hubby aku masa sekolah rendah cuma kenal camtu jer..masuk sekolah menengah aku dah masuk Asrama & terus masuk U dah xpernah nampak dah la hubby aku ni..but, masa aku 2nd year kat U, aku jumpa balik dia sebab kebetulan dia pon berkawan rapat dengan sepupu2 aku..tapi, seriously ms aku jumpa dia pon time tu dia xpernah nya nak tgk muka kita ok..macam ala2 anti pompuan gitu..tp dlm diam2 dia mintak no phone aku dr sepupu aku & dok sms2 aku...aku akan story kisah kami dalam entry nanti2 yer...heheh but yg bestnya apa yg aku tak pernah terfikir dulu rumah yg kawan aku tunjuk dulu tu sekarang dah jadi rumah no 2 aku..yer la kan, rumah tu kan rumah parents in Law aku..merangkap rumah hubby aku jugak ler yg dikenali sebagai Mohd Nor Akmar...hehhehe

Kesimpulannya dari kisah2 yg aku story kat atas tu ialah..Dunia ni bukanlah sebesar mana pon..pusing2 kot situ jugak..pegi la sampai hujung dunia pon, kalau ditakdirkan satu hari kita akan jumpa tempat asal kita balik...lebih kurang camtu la..sebab tu kita tak boleh benci membenci antara sesama manusia, mana kita tau kan satu hari nanti kita akan berjumpa balik dengan org yg kita benci tu walau pun kita dah cuba untuk lari daripada dia...(walaupun dalam story aku xder laplak citer pasal benci2...heheh))

panjang gila entry aku kali ni..itu lah aku, kalau dah start bercerita memang payah nak berenti..ok...cau cin cau!!!