haha..tajuk entry aku kali ni memang tak boleh blah la..bunyi macam Topik dalam subjek Add Math plak kan..korang mesti terfikir adakah aku nak bagi tuisyen Add Math free kat sini??takdak maknanya la yer kawan2, adik2, kakak2 & abang2 sekelian..walaupun SPM dulu aku dapat score A1 dalam Math Mod & Add Math tu xbermakna aku masih hafal rumus2 yg penah aku study dulu yer...semua dah tinggal kenangan, dan xberguna lg pd aku skrg..hehe jadi adik2 tak payah la nak pulun teruk2 nk score dalam subjek tu yer..xpenting pon..yg pastinya korang kena score semua subjek yg korang amik jgn nk fokus kat Math jer..sbb aku tgk ramai kawan2 aku dulu macam tu..adakah sebab Cikgu yg ajar Math dulu best??so masing2 nk fokus subjek tu jer dan abaikan subjek lain...ok kita tutup bab ni kejap yer...
Apa yang aku nak story kat sini adalah tentang kisah aku dengan seseorang pada awalnya (katakan org tu adalah A)..dan pada masa yang lain aku turut mempunyai kisah dengan org yg berkait rapat dgn org pertama yg aku kenal tu (Katakan lah dia B)...
Kalu di tulis dalam bentuk persamaan lebih kurang camni la :
Aku berkadar langsung dengan A
A berkadar langsung dengan B
Jadi,.... Aku dengan B = Berkadar Secara Tak Langsung la kan..
hehe..apa la yg aku merapu ni...kalau nak lebih faham..sila baca kisah2 di bawah ini...
Kisah 1 :
Masa Sekolah Rendah dulu aku pernah jatuh hingga menyebabkan tangan kiri aku terseliuh..bukan sekali aku jatuh yer kawan2.4 kali tau...3 kali tgn kiri terseliuh dan 1 kali terseliuh pergelangan kaki..aku akan story punca2 aku terjatuh tu lain kali ekk...mesti korang akan ingat aku ni buas kan time kecik2 dulu..tp memang pon aku buas tp tetap maintain student cemerlang okayy!!!..hehhe back to the story, tiap kali aku terseliuh tu pakcik aku akan bawak aku pergi betulkan tangan yg terkehel tu kat rumah sorang bomoh aka Pengamal Perubatan Tradisional..nama beliau Tok Wan Mud, kalau kat Baling dulu memang dia terkenal pakar urut2 dan merawat org2 yg patah2 dan sebagainya..kalau tengok kat rumah dia dulu siap ada rumah tumpangan yg dia buat khas untuk patient2 yg dari jauh tinggal sementara tempoh rawatan selesai..lebih kurang macam ala2 ward la..Masa ni aku xtau yg Tok Wan Mud ni adik beradik jugak la dengan family aku....bila dah besar skolah menengah baru aku tau yg Tok Wan Mud yg selalu merawat aku dulu ni adalah datuk kepada best friend merangkap dua pupu aku yg aku berkawan sejak sekolah rendah sampai sekarang iaitu Acah aka Asiah okay!!! masa time aku dok p dapatkan rawatan kat Arwah Tok Wan Mud ni, aku xkenal lagi Acah ni walaupun rumah dia duduk sekarang (rumah tok belah mak dia) adalah bertentang dengan rumah aku jer...heheh sebab masa tu Acah ni dok kat Kajang sebab ayah dia keje kat sana..bila darjah 5 kot baru dia pindah balik dok kat Kampung aku tu dan kami berkawan baik sampai sekarang....
Kisah 2
Masa aku darjah 4 kat SRKTP (Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera) sekolah ni ada dalam buku sejarah Malaysia...Perjanjian antara Chin Peng dgn Tunku...cikgu kelas aku masa tu nama dia Faizatul Akmal..aku memang ingat nama dia sebab aku ada kes dengan dia dan nama dia pon unik kan..hehe Masa aku darjah 4 aku pon xtau apa puncanya, aku kerap x siapkan kerja sekolah iaitu subjek Math ni la...dua tiga kali jugak aku pernah kena denda dengan cikgu Faiz pasal kes xbuat kerja sekolah ni tau...nak tau denda dia apa??aku bersama beberapa kawan aku yg lain yg xsiap kerja sekolah kena denda pergi ke kelas2 lain iaitu kelas darjah 1, 2 & 3 dan termasuk bilik Guru sambil membawa kertas bertulis yg mengatakan kami semua tak siapkan kerja sekolah dan jangan ikut perangai kami..lebih kurang camtu la ayat dia..aku xberapa ingat sebab sepanjang pergi ke kelas2 tu aku asyik tutup muka dengan tudung sambil menangis...malu siot..walaupun pegi kelas budak2 junior..aku plak time tu Pengawas..siap pakai Uniform Biru lagi..pastu pulak Ayah aku pun cikgu mengajar sekolah yang sama..nasib baik masa pegi Bilik Guru ayah aku xdak kat situ..tp aku dengar la ada cikgu2 dok tanya..."hat tutup muka tu sapa tu..anak Cikgu Mail ka??""huhu..memang xbleh lupa la kes aku kena denda ni..tp yg bestnya nak tau tak???..masa ujung tahun, aku dapat hadiah khas dari Cikgu Praktikal aku iaitu Pelajar Terbaik Matematik siap dapat piala & tertulis nama aku lagi tau..sorang lagi dapat kat budak Cina kelas lain nama dia Lian Wei Foo...bangga x bangga aku time tu..hehe Lepas tu, bila naik sekolah menengah, aku masuk SMKA Baling..dok asrama la..dan kawan aku yg dok sedorm dengan aku masa Form 1 adalah adik kepada cikgu Faiz yg denda aku tu..memang coincidence kan..sampai form 5 aku sekolah sama ngan Kicik aka Syakirah Abd Ghani)..walaupun bertukar2 dorm & bukan kelas sama tapi aku tetap rapat ngan Kicik sampai sekarang still contact..sekarang Kicik pon dah jadi Cikgu jugak..mengajar kat Kuantan kalo xsilap..aku harap Kicik hg contohi lah kakak hg..bg denda macam yg aku dapat tu..trus insaf beb...hehhehe
Kisah 3
Ini pulak kisah aku dengan suami..kitorang pernah sekolah rendah sama..dari Darjah 1 sampai darjah 5 sekejap..pastu aku pindah ke Sekolah Baling sebab nak satu sekolah ngan Mak aku..tapi dari Darjah 1 sampai 5 tu aku xpernah kelas sekali ngan hubby aku ni pon..tp kenal la sebab dia pon dok kawan2 ngan geng2 abang aku..abang aku tua setahun jer dr kitorang..masa sekolah rendah ni, sepandai-pandai aku pun ade jugak kegatalannya..hehe masa skolah rendah pon dah pandai minat org tu minat org ni..masa darjah 4 juga, ada cikgu Praktikal yg dtg mengajar kami subjek Math..cikgu yg ajar kelas aku tu nama dia Cikgu Ee Teck On ..aku still ingat nama dia ok..hehe (cuba korang sebut nama dia ulang kali laju2 apa jadi??) Cikgu praktikal ni menyewa rumah dekat ngan umah husband aku..Kg Banggol Wan Mat..aku dengan kawan aku yg gatal ni pernah pegi kayuh basikal ke rumah cikgu tu masa last day cikgu tu mengajar kitorang..xtau apa tujuan aku p sana..tp xdpt jumpa pon cikgu tu...masa pegi tu la kawan aku ni tunjuk rumah hubby aku skrg ni..masa tu aku tgk jer la..sbb aku xpernah sembang pon dgn hubby aku masa sekolah rendah cuma kenal camtu jer..masuk sekolah menengah aku dah masuk Asrama & terus masuk U dah xpernah nampak dah la hubby aku ni..but, masa aku 2nd year kat U, aku jumpa balik dia sebab kebetulan dia pon berkawan rapat dengan sepupu2 aku..tapi, seriously ms aku jumpa dia pon time tu dia xpernah nya nak tgk muka kita ok..macam ala2 anti pompuan gitu..tp dlm diam2 dia mintak no phone aku dr sepupu aku & dok sms2 aku...aku akan story kisah kami dalam entry nanti2 yer...heheh but yg bestnya apa yg aku tak pernah terfikir dulu rumah yg kawan aku tunjuk dulu tu sekarang dah jadi rumah no 2 aku..yer la kan, rumah tu kan rumah parents in Law aku..merangkap rumah hubby aku jugak ler yg dikenali sebagai Mohd Nor Akmar...hehhehe
Kesimpulannya dari kisah2 yg aku story kat atas tu ialah..Dunia ni bukanlah sebesar mana pon..pusing2 kot situ jugak..pegi la sampai hujung dunia pon, kalau ditakdirkan satu hari kita akan jumpa tempat asal kita balik...lebih kurang camtu la..sebab tu kita tak boleh benci membenci antara sesama manusia, mana kita tau kan satu hari nanti kita akan berjumpa balik dengan org yg kita benci tu walau pun kita dah cuba untuk lari daripada dia...(walaupun dalam story aku xder laplak citer pasal benci2...heheh))
panjang gila entry aku kali ni..itu lah aku, kalau dah start bercerita memang payah nak berenti..ok...cau cin cau!!!