Mar 13, 2010

ALim 1 Tahun 9 bulan

Gambar terkini ALim cayang

Bulan ni ALim dam masuk 1 Tahun 9 Bulan..And sekarang dia dah pandai sebut banyak perkataan dah..walaupun bunyi yang belakang2 jer tp aku dah banyak faham apa yang dia sebut..Antara perkataan - perkataan yang dia boleh sebut penuh contohnya :
- Lowi (Lori)
- Cucu (susu)
- Kekan (tekan)
- ellak (Berak)
- Amin (Vitamin)
- Vivi (tv)
- Ayaq (air)
- bebear (bear)
- Kakuk (kasut)
- akut (takut)
- Pin epin (Upin Ipin)
- ikan 
- Ayam
- Bihh (habis)
- best (siap tunjuk action buat best lg)

Banyak lagi la benda yang dia dah kenal & bleh sebut..walaupun bunyi 'telo' tapi banyak jugak yang aku dah faham..Yang best nya dia dah pandai sebut nama sendiri..mula2 dulu bunyi 'Aleng' jer tp now dah bunyi betul dah..bila tengok gambar dia dalam henset & desktop labtop ni terus tunjuk2 sambil suka2 sebut "ALIM"..hehe Dekat nursery pulak dia dah pandai panggil nama kawan dia kat situ..2 orang yang dia selalu sebut bila sampai nursery iaitu "Tina" & "Adam"..yang paling suka sebut nama Tina tu la..hehe...tp budak2 kt situ semua muda lg dr dia..


Yang tak best nya pulak, 2 hari lepas penjaga kat nursery tu bagitau Alim cakar muka budak ..huhu pastu suka tolak2 budak lain..mentang2 la dia paling besar kt situ kan..aku dah rasa xseronok jer dengar aduan camtu..tp penjaga tu cakap selalunya dia baik jer x buat org pon..2,3 hari ni jer jadi garang semacam..Actually kat rumah pon dia garang ngan aku..kalau nak peluk2 pon xnak..pastu dah pandai ejek aku bila aku marah dia buat sesuatu...huhu sapa yang ajar ni ALim..tak sayang mama ke ALim buat camtu..huhu Risau plak aku, adakah sebab aku selalu marah2 dia sbb tu dia jadi garang balik dengan mama dia sendiri..Baru la aku tau camana rasa mak aku dulu rasa bila kami melawan cakap dia..ni ALim baru jer umur setahun lebih..tah camana la kalau besar ckit nnti..risaunya..mintak2 la anak aku jadi budak baik & dengar caka..maybe sebab sekarang ni dia sorang2 lagi..tu yg ter'over' manja kan..bila dah ada adik nnti harap2 ok la...huhuhuhu
notty jer kan muka ALim time ni..hehe