May 3, 2010

Andai Ku Tahu

First time aku dengar lagu ni masa atas kereta balik keja..Lagu ni Nyanyian Ramli Sarip untuk Filem 2 Alam Terbitan Dr Rozmey..Actually lagu ni pernah dipopularkan oleh Kumpulan Ungu versi Indonesia..Tapi, bila aku dengar versi Ramli Sarip nyanyi memang tersentuh hati..rasa sayu and menitis air mata la jugak..Moga Tuhan AMpunkan Dosaku, Suami dan Anakku, Ibu Bapa ku,Adik, Kakak dan Abangku juga sanak saudaraku serta sahabat serta kalian yang membaca blog aku..Sama-sama kita hayati...

ANDAI KU TAHU




Andai Ku Tahu
Bila Tiba Ajalku
Ku Akan Memohon
Tuhan Tolong Panjangkan Umurku

Andai Ku Tahu
Bila Tiba Masaku
Ku Akan Memohon 
Tuhan Jangan Ambil Nyawaku

AKu Takut
AKan Semua DOsa-dosaku
Aku Takut DOsa Yang Terus Membayangiku

Andai Ku Tahu
MalaikatMu kan Menjemputku
Izinkan Aku Mengucap
Kata Taubat PadaMu

AKu Takut
AKan Semua DOsa-dosaku
Aku Takut Dosa Yang Terus Membayangiku

Ampuni AKu Dari Segala DOsa-dosaku
AMpuni Aku Menangisku Bertaubat PadaMu

AKu Manusia Yang Takut Neraka
Namun AKu Juga
Tak Layak di SYurgaMu

Bila Ku Tahu Bila Kan Tiba Ajalku
Izikan ku Mengucap Kata Taubat PadaMu
AKu Takut Akan Segala Dosa-dosaku
AKu Takut
DOsa Yang Terus Membayangiku

Ampuni AKu Dari Segala DOsa-dosaku
AMpuni AKu Menangis TAubat PadaMu

AKu Takut..Aku Takut..AKu Takut
Akan DOsa-dosaku

Ampunilah Aku...Ampunilah AKu..AMpunilah AKu..
Akan Segala Dosa-dosaku

AKu Takut..AKu TAkut..Aku Takut..
Akan segala DOsa-dosaku....

May 1, 2010

Pernah tak korang pergi sekolah lewat???

Masa sekolah rendah, aku bukanlah dalam golongan pelajar yang selalu datang awal ke sekolah..Selalunya masa darjah 1 hingga 4 aku mesti sampai sekolah time loceng dah bunyi..kalau hari ahad ada perhimpunan pun aku mesti sampai bila orang semua dah beratur and dah start nyanyi lagu negaraku..Jarang2 aku sampai sekolah awal, cuma aku akan sampai awal bila hari aku pergi sekolah dengan bas Aney atau van Paksu Derani..Tapi selalunya aku pergi dengan ayah aku, sebab ayah aku mengajar kat sekolah yang sama iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera..bukan salah aku lewat bangun pagi, tapi orang lain sama ada abang aku atau ayah aku la..hehe jadi, aku jarang la kena tahan dengan Pengawas sebab aku kan anak cikgu time tu...hehe

Tapi, aku ada satu kisah masa darjah 4 dulu di mana aku dan abang aku dihantar ke sekolah QUran Tajwid atau kelas mengaji petang lewat..bukan setakat lewat 5 minit, 10 minit, atau 30 minit..tapi lagi 15 minit kelas nak habis...hehhe

Kisah dia camni...Masa tu aku darjah 4 and abang aku plak darjah 5..satu hari kami dah lambat nak ke kelas ngaji petang..kelas petang start 2.30 pm..masa tu seingat aku dah pukul 2.30 la, kami lmbat xtau sebab apa, mungkin saja2 siap lambat sebab memang malas sbenarnya nak pegi kelas ngaji petang..sebab masa zaman tu kan ada cita Jepun petang2 kat TV xsilap cita Gaban/Kastria Baja Hitam kot..hehe masa time tu jugak kreta ayah aku hantar kt worksyop untuk cat baru..lama jugak la kreta tu kt worksyop dekat sebulan gak kot..so, kitorang kena la pegi jalan kaki sbb masa tu xdak basikal lagi..aku and abang pastu kak Fau & Ibrahim (dua pupu kami) berjalan la nk pegi sekolah petang tu...jarak sekolah aku dengan rumah ada la dalam 2km ikut short cut..sampai hujung jalan kt simpang nk masuk rumah aku hujan plak turun renyai2..tp bleh jer kalau kami jalan pegi skolah tp disebabkan rasa malas, kami mencari alasan untuk xmau pegi kelas petang tu..kami berempat pun duduk la kat pondok batu kat tepi rumah Kak Anida berteduh dr hujan tu..masa tu dah dekat pukul 3, Kak Fau & Ibrahim dah balik rumah depa dah, tinggal aku & abang dok fikir nak bg alasan apa kt ayah aku nanti.mesti dia marah sebab kami xpegi sekolah petang tu..kami  pun jalan balik rumah, tapi xberani nak masuk dalam, kami masuk ikut pintu belakang sambil senyap2 duduk menyorok kat tepi rumah..hehhe

Kami pun duduk la kat tepi rumah tunggu sampai pukul 5 lebih baru nak masuk dalam & eksyen konon2 balik dari sekolah la..hehe tepi rumah aku tu tersorok sikit, sebab ada rumah Zahira kat sebelah tu, memang kalau orang lalu pun xnampak la kami dok kat situ..bila dah lama tunggu, dah kul 4 lebih rasanya adik aku Ikhwan keluar rumah dok main2 kat luar..pastu dia ternampak kami dok kat tepi rumah tu..kami pun apa lg  x bagi la dia mai dekat & suruh dia buat eksyen xnampak apa2..adik aku masa tu baru darjah 1 kot...mana la tau apa lagi kan..lepas dia nampak kami tu dia asyik dok jenguk2 kat kami..sampai la ayah aku terperasan apa yg dia dok tengok kan..bila ayah aku jenguk kami 2 orang dok sorok kat situ terus dia panggil..memang kena marah la pastu..sebab kami menipu..huhu ayah aku nak hantar kami pegi jugak sekolah masa tu walaupun dah lewat..di sebabkan kreta xdak, terpaksa tunggu maksu aku balik keja & pinjam moto dia untuk hantar kami..

Masa tu dah pukul 5 sampai kat sekolah, ada la parents yang dah dok tunggu anak2 balik terkejut tengok ayah aku baru hantar kami datang..huhuh aku memang malu gila time tu..berjalan la pegi kelas aku kt bangunan belakang sekali..sampai je kat kelas aku terus tutup muka dok nangis kat pintu..Ustazah yg ngajar aku masa tu Ustazah Mak Puan nama dia..budak2 kelas pun heran awat aku baru sampai sedangkan lagi 10 minit dah nak balik..ada la kawan2 aku datang pujuk soh aku masuk kelas..tapi aku xmasuk sampai loceng bunyi..hehe yg abang aku plak, dengan selamba dia masuk kelas buat xtau ja...huhu Memang peristiwa tu aku xleh lupa ...bila ingat2 balik rasa nak tergelak ja..kalau la kami masuk rumah awal2, mesti ayah aku xmarah..tp disebabkan kami menyorok & menipu tu yg buat ayah aku marah sangat...Lepas2 tu memang dah serik la..aku pun dah xpi lambat lagi ngaji petang, sebab aku terus tunggu kat sekolah jer bila habis sekolah pagi sampai start ngaji petang..dah tau kan kalau tunggu ayah aku memang hari2 balik sekolah lambat, pastu nak siap2 datang ngaji petang plak..tu yg selalu lewat..huhu bila aku xbalik tengahari ada plak kisah sedih lain yang berlaku..nanti aku cita lagi ekk..nak layan ALim tengok Upin Ipin jap..heheh