Oct 31, 2009

First time join contest as newbie in blogging..(",)

Hai..semua!! (padahal xde sapa pon follow blog aku lagi..berangan jer kan..hehe)

Anyway, hari ni aku free sgt memandangkan Alim pun masih di kampung & husband pulak dah pegi keje.so, since smangat utk ber'blogging' ni masih berkobar2, aku telah terjengah ke blog ni..and kebetulan ada satu contest yg masih open and today is the last day for entry..iaitu sehingga jam 11.59 malam nanti..and aku still have 5 hours to submit my entry..Contest ni memang menarik dan aku amat tertarik untuk join..so , don't waste our time..let's check out..

Sapa yang berminat nak join contest bleh la visit sini :


Let me introduce my son first

Nama : Muhammad Alim Dzakwan bin Mohd Norakmar
Umur : 1 tahun 4 bulan

dan inilah antara senyuman2 yang selalu membuat aku terkenang & tak dapat nak berenggang dengan dia walaupun sesaat...
ni masa umur alim 4 bulan..time tido pon senyum..

ini pun masa 4 bulan..senyum gumbira sangat..

masa 4 bulan...senyum ala2 mama kecik2 dulu

masa 8 bulan..senyum kesejukan..

masa umur 1 tahun..senyum mengejek...hehe

masa umur cukup 1 tahun..senyum sebelum nak nangis..


masa 1 tahun 1 bulan..senyum kat mamak kedai nasi kandar..

ni masa 1 tahun 2 bulan...senyum nakal sambil buang barang keluar dari troli..

masa umur 1 tahun 3 bulan...senyum 'alim' sebab pakai tudung..hehe

masa 1 tahun 3 bulan..senyum malu2 kucing..hehe

1 tahun 3 bulan..senyum happy nak balik kampung

gambar terkini alim 1 tahun 4 bulan..senyum nak mengorat..pheewwwiitt

Wahh..banyak gak gambar aku post ni..total 12 photo = 12 jenis senyuman Alim..hehe Harap2 ada rezeki la walaupun dah last2 minit ni..tapi, kalau xmenang pon xpe, at least aku dah buat entry pasal senyuman alim untuk tatapan masa depan aku nanti..hehe

Kalau nak tau hadiah yang ditawarkan & syarat2 please check kat bawah ni..

Hadiah yang ditawarkan adalah:

Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

******************

Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50


So apa tunggu lagi???

Sertai online contest ini sekarang. :)

Online contest ini di buka dari tarikh:

15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.

Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

Cara2 penyertaan?

  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda - (done)
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - (done)
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda- (done)
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai. - (done)
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya. - (done)
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .- (done)
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini. - (done )
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
****************************************

Regards,

Yaniebest

Oct 30, 2009

Cuti-cuti at Colmar Tropicale (Cont..)

First day sampai sini xde aktiviti sgt..kitorang just jln2 pusing2 kwsn hotel jer, lagipun petang plak cuaca kurang baik so just lepak kat bilik sebab hubby kata rugi dpt bilik best tp xguna sepenuhnya kan...hehe

So, 2nd day pagi after breakfast kami start jalan2 untuk melawat tpt2 menarik kat sini..walaupun dah penah dtg..kali ni lain sebab dah ada Alim..baru seronok ckit nak jalan nak tunjuk flora & fauna yg cantik ada kat sini supaya Alim kenal..hehe

Alim jalan pegang tangan dengan ayah, kitorang jalan2 kat kawasan area hotel ni dulu..and our 1st destination is tempat wajib kalau sapa2 dtg sini mesti akan amik gambar kat sini..penat jugak nak panjat tangga ke atas sini tp exercise pagi2 ok jugak kan..hehe














View kat sini memang cantik sebab nampak semua bangunan hotel kat sini..tp bila amik gambar 3 orang sekali xnampak la plak view kat belakang..mcm gambar atas ni..pastu nak bagi nampak view kat belakang tu, mama snap gambar sendiri walaupon masuk muka saje..tp ok la kan..hehe



















Ni saja mama & ayah letak alim kat atas tebing ni bagi dia brani..tp tgk muka alim mcm cuak jer kan..hehe sian sayang mama ni..jgn risau la ayah ada kat sebelah la..











Kat sini pon ada swimming pool..mama ajak gak ayah bawak alim mandi sini, tp ayah xmau, kebetulan masa kitorang pegi sini ramai orang **D** bercuti kat sini..and swimming pool ni pon penuh ngan puak2 diorang..malas la nak kacau kan..hehe so kitorang amik gambar jer la..ni mama ngan alim jer..Alim tu xboleh lepas kat bawah sebab dia asyik nak lari pegi kat kolam tu..seriau takut jatuh jer...














Kat bawah bridge nak ke hotel tu ada 4 ekor itik swan..2 putih 2 hitam..yg putih ni cantik sgt & besar jugak la..ni mama letak alim kat tepi kolam tu bagi dia tgk itik lebih dekat..sekali itik tu plak datang dekat alim, mama dah risau takut itik sodok alim..mana tau kan dia nampak alim kecik dia berani la nak buat..cepat2 mama snap pic ni & trus amik alim..hehe (sebenarnya mama yg takut kat itik tu, alim rilek jer pon)
Family portraite..tp xbes sbb pic ni kelabu la plak..ni mesti sebab battery weak..ni salah mama la ni xmau tukaq bateri siap2..huhu

Sementara tunggu coster datang alim posing dulu..comel sgt syg mama ni..hehe

Alim dah ready nak naik coster ni..coster ni akan bawak pelawat dari hotel ke Japanese Village, free jer..masa operasi paling awal pukul 9.45am lepas tu coster akan rotate setiap 30 minit kalau x silap..kalau nak pegi Japanese Village naik kereta pon boleh..tp bukit dia mmg tinggi & curam..baik la naik transport yg tersedia ni..;)
Dah sampai Japanese Village..kat Japanese Village ni ada Botanical Garden, Restoran Jepun, Japanese tea house & Spa..kat sini sunyi sikit..boring jugak la..bukan ada ape sgt..tp kwsan dia cantik..mmg mcm perkampungan kat Jepun la..siap ada kolam ikan koi..kat sini jugak pelawat boleh la kalau nak try upacara tea ceremony & posing gambar dengan berpakaian kimono..tp kena bayar la..xingat rate dia berapa..tp kitorang cuma jalan & amik gambar jer..hehe
Masa sampai sini alim dah ngantuk sebenarnya..tu yg muka monyok jer..sian dia..penat berjalan dah..hehe
Mama tunjuk ikan koi kat alim..xtau la betul ke tak nama ikan tu..actually mama pon bukan tau ikan spesis apa kat situ..tp suma cantik2..ada warna oren, putih dan oren lagi..hehe
kat belakang tu rumah Jepun yg sebenar..tp yg ni kecik jer la..mcm cute jer..hehe bumbung kat belakang sana lg tu la SPA..kitorang xjalan sampai sana pon..mama dah penat sebab pakai kasut tumit..
ini la tempat tea ceremony berlangsung..and sapa2 nak try kimono pon boleh kat dalam ni..kami xmasuk pon..amik je gambar..
ini bunga kat Botanical garden..kitorang turun separuh jalan ja..so xbyk bunga kat sini..xlarat nak panjat tangga plak nnti..alim plak pantang tgk pokok bunga mesti dia nak pegang..xpe la, alim jgn besar nnti jadi mat bunga dah yer sayang..hehe
lepas jalan2 kat Japanese Village ni kitorang balik hotel..tengahari dah nak check out..rasa sekejap jer dtg sini..yer la dah datang sehari jer kan..nak wat camana cuti xbnyk pon..so, lepas check out, kitorang singgah Rabbit Park..tp xbest sebab rabbit dah xbyk mcm dulu..ada 2/3 ekor jerpon..xtau la kemana hilangnya rabbit2 yg byk dulu..so, boring kat sini gambar pon snap ckit jer..pastu trus gerak balik Ipoh..mama ajak ayah singgah KL nak shopping, tp ayah plak xmau, malas nnti jem..huhu

Next holiday nak pegi mana plak yer...tgk la bergantung pada bajet dan masa yg ada nnti..tringin nk pegi holiday kat oversea plak..tp tggu alim besar ckit baru best kan..bleh bawak pegi main kat park..mama tringin sgt nak p GoldCoast, Australia..nak menabung dulu bila dah cukup nnti baru boleh p..hehe chiaoo!!

Cuti-cuti at Colmar Tropicale

hai..lama benar aku x update blog ni..nampaknya mmg betul la aku ni jenis hangat2 taik ayam jer kan..hehe xkesah la, blog ni pon just for my personal jer..xde sapa nak jenguk pon..hehe

Anyway, story kali ini ialah mengenai percutian kami sekeluarga ke Colmar Tropical, Bukit Tinggi..Kitorang pegi masa cuti Deepavali..tp bukan masa hari Deepavali pon, sebab hari Deepavali tu my hubby keja..so, kitorang p masa hari hubby off iaitu on 19 & 20 Oct 2009..aku amik cuti 2 hari..so pegi time hari kerja xramai org la sgt..Ini adalah kali kedua aku & hubby ke sini..Actually, datang sini saja nak bawa alim melawat tempat honeymoon mama&ayah dia dulu..hehe

Ini la COlmar Tropicale, cantik tempat dia kan..binaan bangunan kat sini diadaptasi daripada satu perkampungan yang terletak di Paris, memang cantik bangunan kat sini terasa macam kat alam Fairy tales kat Castle2 kan..kalau sapa2 rasa xmampu nak pegi Paris betul, datang kat sini pon ok..dah rasa macam kat Paris dah pun, sebab nama2 bilik hotel & restoran kat sini semua dalam bahasa France..staff2 kat sini pon pandai cakap France..

Kat bawah ni gambar aksi Alim masa baru sampai..bukan main seronok dia lari sana sini tekan2 tv la..lawak ja tengok gelagat dia..hehe


Bilik kitorang ni dah di upgrade, actually masa booking through online aku book bilik Superior je, tp bila sampai sana masa cek in staff tu upgrade ke bilik jenis 1 bedroom suite and harga still sama..luas gila bilik dia..mmg best..alasan dia sebab orang xramai kat sini..berbaloi tul..dulu masa aku datang honeymoon rate bilik Superior pun dah RM220..tp kali ni dtg cuma RM195/night jer..

Ini ruang tamu siap set sofa & tv lagi..

ni plak ruang makan..kerusi makan dia mcm kat restoran plak..yg kerusi panjang tu..hhee

Ini kitchen dia..fridge pon besar tp kosong jer..

Ini pulak bedroom dia..romantik jer kan katil ni..dalam bedroom ni pon ada tv & telefon..bilik air berasingan dengan bilik tido ni..mmg selesa la..klu family ramai tido sini 10 orang pon muat..tp kena bawa toto sendiri la..hehe
Masa baru sampai tgk ada pondok2 yg penuh ngan teddy bear..rupanya tempat main game..yg kat sini tempat pancing itik..dlm tu ada kolam yg penuh ngan itk2 plastik, and kat bawah itik ada nombor bertuah..sapa dapat pancing itik no 0 memang xkan dpt apa2 la..tp klu sapa dpt itik no 1-4 akan dapat teddy bear mengikut size..klu dpt no 4 dpt la bear paling besar ni..kitorang cuma dpt no 1 jer, dpt la bear kecik 2..so, alim amik gambaq ngan bear besar ni pon jadi la kan..klu dpt betul xmuat keta pulak nnti nak bawak balik..hehe

Haa..bukan nak kata la kan..masa kitorang dtg sini mmg hari bertuah kitorang kot..mula2 dpt bilik yg diupgrade..pastu kitorang try test our luck dgn main baling gelang ni plak..my hubby la yg baling..beli 5 token = RM 10 dapat 20 gelang untuk 20 balingan..kalau gelang masuk dalam salah satu botol coklat tu akan dpt la bear yg tergantung2 tu..besar gak kan..mula2 aku ingat senang la, dah naik risau takut dpt byk bear plak nnti...pdhal susah jugak nak masuk rupanya..ni bukti gelang yg hubby baling masuk..hehe

And lastly dapat la seekor teddy bear yg lebih besar dari ALim..hadiah untuk mama ker ni ayah?besday mama kan dah dekat..hehe ALim pon takut ngan bear ni tau..tp mama suka peluk dua2 iaitu Alim & bear sekali..tp ayah pon mama suka peluk gak..hehe


Cukup untuk update hari pertama dulu yer..untuk lawatan keesokan harinya akan disambung dalam post seterusnya...