Tiap-tiap tahun pejabat aku kat Bahagian Perkhidmatan Farmasi Perak tak akan missed buat Program Family Day, dan untuk tahun ni aku tak pasti tahun ke berapa dah program ni di sambut..Untuk aku, sepanjang 2 tahun stengah aku keje sini, ini kali ke dua aku join Family Day..Tahun first aku keje sini aku xdapat join maklum la masa tu baru 3 bulan aku keje & husband pon keje so tak bleh nak join..First time aku join masa last year tahun 2008, masa tu kitorang buat dekat Lost World Of Tambun..Program half day jer, so, walaupun hari tu husband aku keje petang, pagi kitorang leh join la..and masa tu ALim pon dah ade, tu yg rasa semangat nak p sebab bwk anak baru best ckit kan..tp ALim baru 6 bulan so, xpandai nak main apa2 lagi pon la..just bwk jln2 & mandi..aktiviti sukaneka pon mama dia ni je yg join pon..
So, untuk tahun 2009, memang kitorang dah plan dari awal tahun untuk buat Program Family Day di Resort yg boleh kami semua menginap..Setelah dapat persetujuan semua staff kami pilih Teluk Batik Resort. Tapi tak sempat nak buat Tahun 2009, sebab hujung2 tahun bulan Disember tu mcm sibuk ckit & xramai yg dapat join..so, kitorang extend untuk buat bulan Januari..iaitu semalam 10 Januari 2010 sampai 11 Januari 2010..Aku dari awal memang semangat sungguh & seronok nak join program ni sebab masa tu la bleh jumpa & beramah mesra ngan ahli keluarga staff pejabat aku & kenal2 family diorang kan..and seronok juga nak join sebab bleh bawak ALim pegi jalan2 & main2 dgn kwn2 yg bakal dia jumpa..Husband pon aku dah pesan amik cuti memandangkan hari Sabtu Ahad tu dia keje pagi..so, amik cuti hari AHad jer la sebab Sabtu tu kitorang bleh gerak petang lepas dia balik keje..
Tapi, sehari sebelum tu aku dapat surat & arahan kena attend meeting hari Ahad (11 Jan 10) kul 10 pagi kat JKN Perak..frust betul masa dpt surat tu..dah la xda sapa yang boleh ganti aku, so memang aku juga terpaksa attend meeting tu..pdhal ada je bos yg boleh pegi sbb dia x pegi pon family day tu..geram betul aku, rosak plan nak bersukaria kat sana..tp nak wat camana aku terpaksa akur & join Family day tu kejap jer la..
Aku bertolak ke teluk Batik petang kul 4 lepas husband balik keje..smpai dah kul 5 .30..Program first day tu just dinner barbeque & cabutan bertuah & game kerusi muzik..Barbeque tu buat kat Padang Awam depan resort tu jer.tempat memang best ALim bukan main suka la leh lari2 jumpa kawan..xduduk diam seminit pon..sian husband aku kena kepung sebab aku sibuk dok tolong sediakan makanan..masa cabutan bertuah ada macam2 hadiah termasuk hamper besar, kecil & voucher makanan & tiket lost world..aku aim dpt hamper yg besar tu..tp tgk2 dpt tiket masuk lost world free..ok la kan dpd xdapat langsung..lebih kurang kul 11 camtu program abes, & balik tido..pagi lepas breakfast dah gerak balik Ipoh sebab aku nak attend meeting kul 10 am..diorang lain2 semua pegi ke tepi pantai untuk aktiviti sukaneka..frust betul aku xdapat nak join..tp xper la lain kali aku akan pegi lagi bwk Alim main tepi pantai..Disebabkan aku frust so xde langsung gambar yg aku amik masa kat sana..nk amik gmbar malam tu xbest sebab gelap xcantik la nnti gambar2 aku..klu siang & kat tepi pantai baru bes kan...huhu Tu jer aku nak cite..hehe
No comments:
Post a Comment