Nov 25, 2009

Kesabaran kami diuji

Hari ni, aku nak cerita kisah yang berlaku malam tadi..semalam lepas balik dari keja kitorang 3 beranak kuar la pegi Ipoh Parade nak shopping, bukan shopping apa sgt pon, ingat nak cari baju raya untuk ALim 2,3 helai..pastu dah husband baru abes keje malam, so ajak la dia pegi jalan2 makan kat luar..Dah siap shopping semua dalam kul 9.30 kitorang pon balik, lagipun Alim xberapa sihat badan pon panas, makan pon xmau, masa kitorang makan kat Kenny Rogers order la chicken soup untuk Alim, tp dia cuma makan ayam je pastu dok wat prangai nak pegang sudu & pinggan sendiri..masa nak balik tu atas keta dia dah tido sebab ngantuk sgt kot..selalu malam kul 9 lebih tu mmg dia dah tido dah..

Sampai rumah letak jer dia atas tilam, tiba2 dia bangun pulak, bila dah bangun xpa la kitorang pon suap la mkn ubat demam & selsema dia, lepas tu dah xmau tido la pulak..dok meragam, bila tgk perut macam kembung, ayah dia sapu la vicks tu kat perut, bg susu xmau minum, pastu bg biskut pon xmau, bg Honeystar pon dia tuang jer..xtau apa yg dia nak..dia asyik dok tunjuk2 brg2 atas meja makan tu tp bila amik semua dia geleng kepala ja..sampai la dah kul 11 ayah dia ajak naik atas, kot bila nak tido dia dah xbuat perangai..bila kat atas lagi dia mengamuk kitorang tutup lampu, lg dia marah, buka je lampu tido dia xmau baring atas katil pulak nak ayah dia dukung jer..bila dukung pon dok nangis juga, sampai kitorang dua dah xtau nak buat apa, bg ini xmau itu xmau xtau la apa yg dia mau..

Aku ni memang xtahan sabaq sikit, bila aku tinggi suara ayah dia marah pulak, lepas tu kitorang biar jer dia nangis, buat xtau tgk kot2 nnti penat dia diam la kan..sampai kul 12.30 dok nangis lagi siap guling2 kat lantai..aku nak biaq xsampai hati takut nnti slope xleh nyawa pulak anak aku sorang tu..ayah dia amik dukung aku pujuk2 tunjuk buku serangga dia tu, lama2 baru diam ckit, dok tgk gambar katak lam buku tu pastu aku pasang mp3 lagu wonderpets & smack that dah sronok pulak dia..siap angguk2 ikut rentak muzik tu..bila dah ok ckit ayah dia tido dulu, sbb hubby aku tu mmg penat sgt, dah semalam keja sampai pagi, pagi td pulak ada kursus kat Ulu Kinta sampai petang..mmg dia dok ngantuk dr masa shopping lg..aku pon layan la Alim smpi aku nak terlena ..bila tengok Alim xmau tido lagi, aku peluk la dia usik2 baru nak lena..letih betul la bila ingat balik..tu pun, masa tgh tido 2,3 kali jugak dia jaga dok nangis2 sebab aku alih dia letak kat tengah katil, aku risau dia suka golek2 pegi sampai tepi katil, aku takut jatuh bawah jer..sekali ingat memang rasa tension sangat..klu bagi keja kat pejabat dengan jaga anak kecik ni, bg aku jaga anak kecik lagi letih bukan setakat letih badan otak pon stress kadang2 dengan ragam & karenah depa ni..semalam tu first time ALim buat perangai mcm tu, sebelum ni xpenah la nangis2 sampai berguling2 lama2 macam tu..slalu bila aku pujuk2 dia dah ok..tp entah la kenapa smlm dia buat perangai, aku ingat sebab satu dia nak tumbuh gigi geraham tu, mungkin sakit tp dia kan kecik lagi mana tau nak bgtau yg dia sakit gigi kan...

Bagi aku semalam tahap kesabaran aku & hubby mmg betul2 teruji, aku tringat kisah seorang bapa yg bunuh anak dia yg berumur 3 bulan sebab anak dia menangis tanpa henti, dia lambung anak dia atas katil and baby tu meninggal sebab gegaran otak..Nauzubillah..mintak simpang la dari berlaku perkara macam tu, semoga Tuhan pelihara aku dan hubby dari hasutan syaitan yg menyebabkan manusia yg lemah seperti aku ni hilang pertimbangan diri..Aku cuba bersabar wp rasa tension, sbb kena ingat, budak2 kecik macam tu bukan tau apa kan, bercakap pon belum pandai, yg dia tau menangis jer la, sakit ke apa ke dia hanya boleh express melalui menangis, kita sebangai parents ni la kena bijak tackle anak2 dan sebolehnya cuba ikut rentak depa supaya depa xrasa macam kita xsayangkan depa kan..buat anakku Alim mama berdoa supaya Allah berikan mama kekuatan iman untuk menjaga dan melayan karenahmu tanpa rasa benci, minta Allah jauhkan perasaan begitu terhadap anak mama sorang yg mama paling sayang...dan mama juga berdoa semoga Alim dapat membesar menjadi anak yang SOleh dan hormat pada mama & ayah yer sayang..


Nov 23, 2009

Contest Si Manja Berkaca Mata

~ STICKY MODE ~

Salam semua, sini ada lagi contest menarik yang boleh kita semua join..yg bestnya contest ni terbuka kepada semua mama2, ibu2 dan ummi2 yang berada di mana saja termasuk di luar Malaysia..Mari tengok apa yang perlu kita buat yer..

Untuk makluman, Contest ini dianjurkan Oleh :
Blog Ummu Mishkah
(klik link di atas ini untuk ke page penganjur contest ini yer)

Ikuti langkah berikut dan anda berpeluang memenangi hadiah yang pastinya digemari oleh kaum ibu!!
  • Buat satu entry pasal contest ni dengan title Contest Si Manja Berkaca Mata dan jangan lupa linkkan entry ini dalam post anda.
  • Upload gambar si manja anda yang berusia 1 hari hingga 4 tahun dengan aksi berkaca mata. Hanya sekeping gambar untuk seorang peserta diterima kay... jadi silalah pilih gambar anak anda yang anda rasakan terbaik.
  • Nyatakan nama dan umur si manja anda.
  • Jangan lupa letakkan banner contest ini di entry dan side bar blog anda.
  • Tinggalkan komen anda di sini dengan link entry blog anda.
  • Contest ini akan dinilai oleh Mr Hubby aka Abu Mishkah.
  • Keputusan adalah muktamad dan akan diumumkan pada 20 Disember 2009.
Apa lagi!! Dapatkan gambar terbaik anak anda sekarang dan sertailah contest ini. Contest ini akan ditutup dengan rasminya pada 10 Disember jam 11.59 malam.

Dan inilah gambar yang mama ALim pertaruhkan...

Nama : Muhammad Alim Dzakwan bin Mohd Norakmar
Tarikh Lahir : 19 June 2008
Umur : 1 Tahun 5 bulan



Hadiah yang bakal menanti anda :

Hadiah Pertama

Tupperware Legacy Floria Microwaveable Serving Set


3 X Hadiah Saguhati


haa..best kan hadiah2 nya..so, jangan tunggu2 lagi pegi godek cepat gambar2 yang ada tu yer..
ingat tau tarikh tutup 10 Disember 2009..

okey, GOOD LUCK!!

~Alim Batuk~

Semalam hari Ahad macam biasa aku & ALim saja kat rumah, husband keje shift pagi, so dari pagi Alim bangun pas peluk cium & hantar husband pegi keje, bermula lah episod hari cuti ku bersama Alim cayang (padahal dah hari Ahad pon..hehe)..

Dari pagi ALim bangun jam 7 pagi terus xmau tido, untuk breakfast aku dah bg dia makan Honeystar and minum susu dia tu, susu xpayah ckp la rsnya pagi tu jer dah 3 botol dah minum..lepas tu dok main2 sampai pukul 10 lebih, dia xnampak nak tido juga pon, sambil2 tu aku panaskan laksa semalam, basuh & sidai baju, kemas2 dapur ckit..pastu bersarapan la dengan laksa tu, ALim pon sama naik makan laksa, tp xboh kuah la..makan saja camtu ja, bukan main sronok la dia sebab bleh main2 ngan laksa tu siap jilat2 kat lantai lg sebab xleh nak amik ngan tangan bila laksa tu tumpah kat lantai..(ganas anak aku ni kan..hehe) Ok, sampai pukul 11.30 tu lepas aku bagi mandi apa semua siap dia pon dok berguling2 kat tilam busuk tu sampai la terlena, boleh la aku naik siap2kan diri aku pulak la kan..masa nak naik atas tu pun aku dengar ALim asyik dok batuk ja..kejap2 batuk..selang 2,3 minit jer batuk...aku mandi jugak cpt2 and turun duduk lepak kat bawah..baru je aku nak rehat tengok ALim dah jaga siap bangun lagi dia dok sakit hati xleh tido sebab dok batuk tu..sian la pulak kat anak aku sorang tu..aku sapu gak dengan vicks vapour rub tu bg panas ckit kat dada dia tu..pastu bila dah jaga dia dah xmau tido balik dah la...Alahai, kejapnya la tido, mama baru nak layan game kat facebook ni ha..huhu

lepas dia bangun kul 12 lebih tu, mula2 plan macam rasa nak masak nasi, tp dgn Alim dok jaga ni susah ckit la aku nak masuk dapur, nnti dia suka kacau aku masa masak kat dapur tu, kan bahaya..so, aku buat keputusan xmau masak & makan jer laksa yg ada byk lagi tu..dah tanya husband dia pon kata xpayah masak tggu dia balik satgi petang baru masak..Aku pun lepak2 jer la tengok tv ngan Alim sampai la kul 2.30 aku pon dah mengantuk, yg Alim plak xnampak nak tido pon, so aku biar jer dia main2 sambil aku mengawasi dari dalam mimpi..hehe entah bila aku pon xsedar tengok Alim pon tido sekali tepi aku, aku sambung jer la tido dan sempat lagi mimpi..

"Dalam mimpi tu aku mimpi time sekolah menengah dulu, masa balik dari sekolah ke hostel, masa orang semua dok sibuk dinner & pegi Surau untuk sembahyang Maghrib aku pulak baru sampai hostel, (pelik jugak awat aku balik sekolah lambat sangat xtau..entahla sebelum babak tu aku xmimpi la pulak..hehe) memang xsempat nak makan dah la time tu..aku terus pegi kat Dorm aku dulu iaitu Dorm D kat tingkat 2..dalam mimpi tu kat tingkat Dorm aku tu ja yang xdak letrik..so, gelap la..bila aku masuk dalam tu tengok susunan katil semua dah lain, ada katil semua susun rapat2 kat tengah bilik, and loker semua susun kat tepi2 dinding..aku macam pelik gak tengok bilik tu macam luas ckit..macam dah pecah dua Dorm jadi satu..ada la kawan2 aku dalam bilik tu, tp yg aku ingat aku bercakap dengan Nu'on jer sebab aku tanya katil aku yang mana satu, dia pon soh jer pilih mana2 yg kosong..memang serabut & aku tengok semua macam dah ada orang book..loker pon dah xde untuk aku, ada yg kosong, tp bila tanya dah ada orang book..so aku xtau nak cari katil kat mana, loker kat mana, pastu cadar semua aku xbawak pulak..dalam dok serabut2 tu tiba2 aku dengar ALim batuk..terus aku terjaga dari mimpi, mula2 macam suka la..oo mimpi rupanya nasib baik la..kalau tak penatnya nak kena pegi sekolah balik..baju sekolah semua tah kemana la aku dah buang..hehe"

Balik dari kisah terjaga mimpi tu, aku tengok Alim dah muntah banyak sangat..abes terkeluar susu2 & laksa yang dia makan tadi..masa dia muntah tu dia tengah tido, tp bila batuk teruk xsempat nak bangun sampai termuntah habes kena baju and lantai sampai kepala pon kena..cepat2 la aku angkat dia bagi duduk, and tengok ada juga keluaq ikut hidung..aku sepantas kilat terus amik jer selimut Alim tu and lap muntah2 tu..angkat dia pegi bilik air nak basuh semua la..mcm ringan jer bila aku dukung Alim tu..lepas siap bg mandi ALim, husband pon dah sampai rumah tengok jam dah kul 4 lebih..aku ajak husband pegi klinik risau gak tengok ALim muntah banyak sangat..pagi tadi masa bangun tido pon dah muntah ckit..lepas cuci2 mop lantai semua sementara tunggu nak siap pegi klinik, si ALim yang xsihat tadi ni jadi aktif plak..dia sronok la tu ayah dia dah ada kat rumah..dia dok main ngan keta doraemon dia tu sambil dok tolak2 bagi langgar kabinet tv ..lepas tu tolak pulak ke belakang langgar kabinet yg aku susun cawan2 dalam tu, cermin pintu kabinet tu kaca..so, apa lagi pranngggg pecah la kaca kabinet tu..huhu kabinet tu plak bukan kitorang punya, itu yg tuan rumah tinggal..penatnya, baru nak duduk lepas dok mengemop lantai lagi satu keja pulak nak kena wat.,.huh..Alim..alim..rasa nak cubit ja alim masa tu tau..seb baik husband dah balik..so, dia la yg kemas kan semua..

Lepas mandi2 kitorang pon kuar g klinik amik ubat Alim, doktor bg supp PCM 1, sebab check suhu dia 38.5C and bagi ubat batuk,selsema & antibiotik..lepas tu pegi beli bubur nasi kat MAnjoi untuk suap bg ALim makan..balik rumah bg Alim makan nasi & ubat lepas tu baru la dia tido dengan lena..sayu jer aku tengok dia bila time tido, klu x aku ni asyik marah2 dia jer bila dia buat sepah ke apa..tp bila time anak dah tido ni bila tengok muka dia, rasa menyesal lak dok marah2 apa semua, dia kan baby lagi bukan tau apa pon..huhu

Nov 18, 2009

ANAKKU CERIA GIVE-AWAY CONTEST

~~sticky mode entry~~

yeay..ada lagi contest yang best untuk kita semua join.. kalau nak tau Anakku Ceria Contest ini dianjurkan oleh noriza@ ibu Irfan bagi menambah kenalan dalam dunia blogging ini..so, mai la kita ramai2 pakat join yer..kalau xdapat hadiah pon, dapat juga kita menambah kawan dalam alam maya ni kan..jgn tunggu2 lagi contest ni akan closed pada 22 November 2009 (4 days to go)

Cara Penyertaan :

1. Be a follower of http://mystory-noriza.blogspot.com/ ---->> (done)
2. Be a follower of http://sitishoppingcentre.blogspot.com/ ----->> (done)
3. Put entry contest in your blog (sticky mode entry ya!) dengan gelagat anak anda yang paling ceria. ---->> (done)
4. Copy the contest banner into the blog entry with the contest link in your entry http://mystory-noriza.blogspot.com/ ---->> (done)
5. Place the Contest banner in your sidebar with link back to the contest entry (no link back will be disqualified) ---->> (done)
8. Leave a comment on this post (Anakku Ceria Give away Contest) for me to pick up the winner.

buat Ibu Irfan, sini saya pertaruhkan 2 gambar untuk contest ni, harap xsalah la yer..;-)

Nama Calon : Muhammad Alim Dzakwan b. Mohd Norakmar
Tarikh Lahir Calon : 19 June 2008
Umur Calon : 1 tahun 5 bulan



1) gambar ni masa Alim 7 bulan baru nak tarik dada orang kedah kata..punya happy time ni xtau sebab apa, mama trus snap je pic ni..hehe


2) yang kedua ni masa on da way balik kampung untuk sambut raya Aidilfitri baru2 ni..punya happy Alim sebab nak balik kampung kan.Tahun ni tahun kedua alim beraya, yg bestnya raya kali ni Alim dah bleh berjalan, bukan main happy la dia nak pegi jalan2 kutip duit raya nanti..hehe

Syarat-syaratnya;
1.Terbuka kepada ibubapa yang mempunyai anak/anak sedara/ di bawah usia 24 bulan.
2. Satu contestant 1 entry sahaja
3. Contest bermula dari 22 October 2009 sehingga 22 November Nov 2009 ( cepat2 lagi 4 hari jer ni)
4. Proses pemilihan pemenang akan dilakukan oleh juri-juri yang dilantik oleh penganjur.
4.Gambar pemenang akan dipamerkan di blog penganjur
5.Proses pemilihan pemenang oleh juri adalah muktamad

Tentang Hadiah pulak!Jeng jeng ini hadiahnya
* 1 Vantage Cookware 3.0L

1.Hanya 1 pemenang akan dipilih dan akan memenangi dan ditaja oleh http://jommainkutu.blogspot.com/

BEST kan..Teruja tak nak dapatkan hadiah tue..Apa lagi join la sekarang snap gambar anak yang paling ceria

Ok kawan2..cepat2 la join yer..hadiah dia memang best tengok gambar hadiah tu pon dah terbayang makanan2 yg nak diisi dalam tu nanti..heheh

Good Luck!!

~yaniebest~

Nov 17, 2009

~GIGIL~

Ha..tajuk kat atas ni xda kena mengena dengan penyanyi kumpulan gigil tu yer, actually aku nak story pasal semalam..Masa aku tengah tido semalam, badan aku kesejukan sampai menggigil, walaupun tengah tido tu aku dapat rasa aku menggigil kuat tp aku xterjaga..xtau la sebab apa semalam sejuk sangat..rasanya dah x hujan, air-cond pon buka suhu macam selalu ja..Sampai hubby aku pon jaga and kejut aku tanya kenapa ketaq2 ni..dia ingat aku menangis ke apa kan..bila dia kejut tu baru aku jaga..memang aku tengah sejuk sangat..pastu dia pun peluk aku..bila dah lama2 dah ok ckit sebab haba badan hubby dah serap ke badan aku ni kan..hehe

Sebenarnya, sejak2 aku lepas bersalin ni pernah 2 , 3 kali aku jadi camni time tido..rasa sejuk ya amat2 smpi ketaq2 camni..1st dulu masa aku lepas bersalin kat ALim masa dalam wad kuning. Untuk makluman, lepas bersalin kat ALim kami kena tahan ke wad kuning mulanya hanya untuk 5 hari sebab ikut prosedur, bg baby yg ada G6PD, ikut guideline kena monitor bilirubin 5 hari, kalau below 250 baru boleh discaj..tp time Alim sampai 10 hari baru bilirubin turun ke 240, so 10 hari la aku jaga Alim dalam wad 6C Hosp Ipoh tu..bila ingat2 time kat wad tu memang sedih sangat..nnti la aku buat entry pasal bersalin kat Alim..

Yang aku nak cita ni, katil aku kat wad tu betul2 bawah air-cond yg centralised dan xboleh di adjust sendiri suhu..bila malam memang sejuk gila, sampai satu malam tu aku menggigil -gigil nak tarik selimut pon tgn aku terketaq2..tu tara aku pakai baju sejuk plus stokin suma la..masa time tu aku ingatkan xdak apa normal la kena air-cond memang la sejukkan..tp bila dah berpantang kat kampung baru aku tau orang dalam pantang memang x boleh sejuk2 takut kena kancing gigi..tu pon lepas tok aku dok bising sebab aku mandi petang2..kalau ikut tok aku cuma boleh mandi sekali saja tu pon kena mandi dekat nak tengahari..tp, aku hentam mandi gak petang2..klu xsempat mandi petang malam pon aku mandi..hehe aku mana tau kan..bila aku dapat tau penyakit kancing gigi tu sebab sejuk terlampau baru aku takut..sebab dulu adik ipar tok aku belah Johor meninggal masa lam pantang sebab kena kancing gigi ni..tp dulu aku xtau apa la kan..masa tu pon aku kecik lagi sekolah rendah..

Bila malam tadi aku jadi camtu trus tringat kes kancing gigi tu..takutnya, mintak2 la Tuhan pelihara aku dari sebarang perkara2 yang x diingini..risau aku.. huhu

Nov 16, 2009

Minggu yang busy

Fuh..lega rasa hari ni baru sempat rileks sikit setelah seminggu bekerja keras menyiapkan Maklumbalas Kemaskini Perjawatan semua kakitangan Farmasi Perak. Sepanjang minggu lepas mula dari isnin sampai la ahad semalam mata aku ni asyik kena ngadap Format SMF tu jer..sampai naik pening, sakit pinggang bahu smua cukup..mana taknya kat ofis dari kul 8 sampai 5 petang dok menaip kat PC ni, mau tak sakit bahu ni..balik rumah lepas bagi Alim tido ngadap buat keje ngan labtop plak, sakit belakang jugak dok menaip..huhu sampai la hari weekend pon, dok buat benda tu..

Bila kat rumah, aku hanya sempat buat keja time Alim tido jer la, bila dia jaga memang xleh nak buka labtop ni, satu, dia memang akan kacau la dok tekan2 keyboard tu, pastu dia pandai x bagi aku buat keje soh main dengan dia ja..kesian pulak kan, dah la sehari brapa jam ja aku sempat dok ngan dia pon, ayah dia pulak keje shift petang minggu lepas, malam kul 12 baru balik..mungkin dia pon rasa kurang perhatian sebab mama & ayah asyik sibuk keje kan..Bila aku fikir2 balik kadang2 kesian kat Alim bila hari keje, siang memang dari pagi sampai kul 5 dia kat nursery, balik petang lepas maghrib aku dah soh dia tido, xsempat nak layan dia betul2, yer la, balik keje kita dah penat, ayah dia pulak keje, aku sorang2 kat rumah nak menguruskan semua..memang penat sangat..dalam kepala macam2 fikir hal keje ofis la, hal rumah lagi..macam mana la orang yang anak lagi ramai kan..tp, org yg anak ramai xpa la jugak at least anak yg dah besar boleh tengok2 kan adik time mak dia wat keje kan..tp aku smua sorang2..kadang2 ada juga yang hari husband kena standby malam, pagi baru dia balik..bila dia balik aku n Alim dah keluar rumah..malam esok pulak la baru jumpa..sian kat Alim cayang tu..

Hari Sabtu & Ahad kemarin pulak aku duty kena dispens Methadone kat KK Jelapang..kul 9 sampai 11 am..boleh la pagi Alim tinggal ngan ayah dia kejap, biar ayah dia rasa pulak camana letih jaga anak yg sorang tu..hehe ALim ni plak bila dia tinggal ngan ayah dia saja, dia jadi baik la pulak..siap tido lagi..masa aku balik kul 11 dia tido lagi...klu hari aku ada kat rumah, lepas ayah dia pegi keje kul 7.30 tu dia dah bangun, sampai tengahari kul 12 baru tido..penatnya la nak kemas rumah lagi, membasuh memasak..sekarang ni baru la tau rasa susahnya jadi isteri & ibu ni..tambah bagi yang bekerja dan tinggal independence maksudnya jauh dari parents & xda maid..tp, apa pon aku tetap happy as long as aku selalu dapat bersama Alim & my beloved husband aku takkan pernah rasa stress dan tertekan..sebab nya hanya lah satu..semua apa yang aku buat hanyalah untuk menggembirakan dua orang yang paling aku sayang..lots of hugs & kisses just for both af you my dears...mmmmuuaaaaHHh!!!

**gambar ni diambil masa kami bercuti ke Kuching bulan Feb lepas..jalan2 kat Waterfront Kuching river sambil window shopping..:-)

Nov 11, 2009

My Funniest Baby Contest

~ Sticky Mode..sila skroll down untuk entri terkini... ~


hai..masa saya tengah blog hoping terjumpa la contest ni, macam menarik dan hadiah pon best & alim pon xpernah try pakai CD ni..so, meh kita join ramai2..mana tau rezki masing2 kan..let's check it out..


Tajuk : MY FUNNIEST BABY CONTEST

Contest ini di anjurkan oleh UMIDANISH


BerMula : 20 Oktober hingga 13 November 2009 (12.00 tengahari)
Berumur : 1 bulan hingga 3 tahun
Kategori A : baby gurl
Kategori B : baby boy

Hadiah :
-1 Cloth Diaper Lunatots bagi setiap kategori
Sponser dari
Babyumishop

- 1 helai baju baby bagi setiap kategori
Sponser dari
IT @ RLiiT'S BoutiQe & beuty Centre


Hadiah PiliHan unTuk Peserta Bertuah
- 1 Diaper Stacker


Sponsor dari Moms&babyshop

Gambar yang mama Alim pertaruhkan ialah jeng..jeng..jeng...

Nama : Muhammad Alim Dzakwan bin Mohd Norakmar
Umur : 1 tahun 4 bulan 21 hari


Gambar kat atas ni di ambil pada 2 Ogos 2009..masa tu umur Alim nak masuk 1 tahun 2 bulan..Alim ikut mama & ayah shopping kat TESCO, disebabkan stroller Alim x bawak ayah letak Alim dalam trolly shopping ni, kalau ada stroller pon ALim bukan nak duduk dalam tu..so, bila Alim duduk dalam trolly ni, Alim buang smua barang2 kecil yg mama nak beli keluar..bila mama pusing belakang tgk barang2 dah xde, & ALim buat muka naughty macam ni trus mama snap gambar ALim..funny kan..hehe

Ok, kalau nak tau apa yang ada di blog sponsor2 hadiah kat atas tu meh mama Alim nak habaq...

1) Blog
Babyumishop
kat sini mama - mama semua boleh dapatkan Breastfeeding gadjet, Cloth Diaper mengikut pakej yang disediakan, Diaper Stacker, dan boleh juga join SKim kutu untuk dapat CD..selain itu, ada juga Set Herba Ibu Bersalin, Minuman Herba dan yang paling best Bio Aura Water FIlter pon ada jual kat sini memang tahap SUPERBRAND la Babyumishop ni..hehe

2)
Blog IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre
di sini mereka menawarkan pakaian wanita dan kanak - kanak yang terbaik untuk pemakaian selesa dan design dari butik dengan harga yang berpatutan dan juga penjagaan kesihatan melalui produk yang berkualiti tinggi seperti Air ECPI, EUMORA Beuty Bar & Krim Payudara Peurafirm..

3) Blog Moms&babyshop
di Moms&babyshop anda boleh juga dapatkan Babyland Cloth Diaper pelbagai corak dan warna untuk dipilih, Susu HI Goat bagi mereka yang alah pada susu lembu dan juga Jus Mate 5 bagi mereka yang ingin tampil langsing dan bergaya..


Syarat Penyertaan:

- Jadi Follower Umidanish dan sponsor2 serta add Umidanish dalam bloglist anda --------------->> done
- Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini ----->> done
- Membuat entri mengenai contest ini diblog anda ----->> done
- Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda dengan aksi Funny yang paling menarik hati para juri. Sila nyatakan nama si comel dan umurnya. Sila juga nyatakan apa yang terdapat di semua blog sponsor umidanish. ---->> done
- Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke Umidanish dan semua sponsor (no link back will be disqualified)

Sponser 1 : Babyumishop (http://www.babyumishop.blogspot.com/)

Sponser 2 : IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre (http://www.hidupharmoni.blogspot.com/)

Sponser 3 : Moms&babyshop (http://www.momsandbabyshop.blogspot.com/)


- Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. --->> done
- Hanya satu sahaja pemenang bagi setiap kategori, jadi pastikan anda meletakkan satu gambar baby anda yang memiliki aksi lucu paling cutes.
- Semua penyertaan akan diadili oleh parajuri yang akan dilantik oleh umidanish sendiri.

Hadiah pilihan untuk peserta bertuah akan dicabut oleh baby danish sendiri.. Hadiah ini untuk selain pemenang kategori A dan B.


Selamat Bercontest..

Nov 9, 2009

Forensic Exam

Hari ini aku kena jadi Ketua Pengawas Exam Forensic untuk PRP batch baru tahun ni..start dari bulan Ogos sampai sekarang bz ngan posting PRP/FRP x habes2 lagi..penat betoi..nak cuti pon rasa tak tenang..asyik dok fikirkan hal ofis ni..orang lain pon bz jugak, tp kenpa tah aku rasa macam aku plak yg paling sibuk kat ofis no..setiap fon call suma nak ckp ngan aku..itu yg buatkan keje aku xsiap2 kat ofis, asyik dok melayan call saja..boring betol..

Apa la aku merepek ni ha..actually aku nak story kisah hari ni, awal2 pg lg aku dpt call dari Pharmaniaga, mulanya aku xnak jawab la sebab time tu dah nak start exam, aku kan kena incharge..tp disebabkan dia kata hal urgent aku pon ok la, rupanya dia nak cakap pasal Kursus HIS & CPS yg buat dekat Perak..actually Kursus tu memang Pharmaniaga yang organised, tp BPF yang bagi calon & uruskan surat menyurat kepada peserta apa semua..kerja aku la tu..Aku pulak tiba2 xingat langsung pasal Kursus ni yg sepatutnya start hari ni, dan peserta kena check in kat Hotel Seri Malaysia, Ipoh ni semalam (8 Nov)..bila Cik Liza dari Pharmaniaga call pagi ni kata xdak sapa datang pon ke Kursus tu hari ini, baru aku teringat..MasyaAllah, aku memang xingat langsung..mana taknya surat dr Pharmaniaga mntak bagi calon tu bulan 8 nu lagi..lepas decide tempat & tarikh semua trus diorang senyap jer sampai hari ni..aku pon xteringat la, sebab 1st aku dok tunggu jugak surat dari Pharmaniaga pasal Kursus tu..yg diorang plak xcontact langsung confirmkan pasal hal ni..tup2 hari ni diorang dah datang Hotel tu baru call tanya..mampus aku memang xingat langsung...nak wat camana, kalau call peserta suruh pergi hari ni confirm la xramai yg bleh p, sebab ada yg cuti la, exam PTK la..mana sempat nak book transport apa semua lagi..

Lepas discussed org Pharmaniaga pon dah deal ngan hotel untuk extend tarikh ke hari esok, and peserta semua kena Check-in petang ni..kalau xsempat pegi je pagi esok..aku pon trus la buat surat & call semua peserta tu maklum hal sebenar..penat betoi la..itu la, bila semua benda nak kena handle plus dengan nak ingat tarikh apa semua lagi aku pon jadi serabut..planner aku pon aku sendri pening nak tengok..lepas satu, satu benda nak kena buat..masalahnya bukan lepas satu, satu ja..tapi ada 3,4 & lebih lagi benda lain nak kena buat..huhu Kadang2 tensyen jugak kerja macam ni..tp kadang2 aku buat xkesah ja..bila rasa serabut sangat aku layan ja main game kat ofis..wp time tu keja byk..nak buat camna dah mmg kepala aku xbleh nak pikiaq dah time 2 kena la relax kejap..

Dalam bz2 aku pon, ni la baru 1st time aku terlupa sampai mcm ni..sampai merugikan Company Pharmaniaga sehari..hehe biarla, depa dah untung banyak dah sepanjang kontrak ngan KKM..setakat sehari bayar hotel tu brapa la sgt kan..tp, aku minta maaf jugak la dekat organiser tu, dah memang aku pon salah jugak..tapi, kira professional la jugak aku ni kan, sebelum nak balik petang tadi semua benda tu dah setel, and ada peserta yg call dah datang check in pon..kira selamat la..hehe

tu saja la aku nak cita..bye22

Nov 5, 2009

New Spectacles

hai everybody..entry hari ni semata2 nak bagitau i dah buat spek mata baru..hehe cewi jer kan aku ni..buat spek pon nak bgtau orang..hehe xkesah la, asalkan aku happy..heeeeeeeeeeeee!!

Actually, dalam sebulan lepas mata aku ni dah rasa macam rabun dekat pulak..bila time baca paper/buku and masa makan rasa macam pening ckit..kena jarakkan sikit mata dengan objek tu baru ok..pelik la pulak aku rasa sebab sbelum ni xpenah jadi camni..pastu bila fikir2 mungkin mata aku ni dah rabun dekat..itu la, asyik ngadap komputer lama2...tp nak wat camna kan, dah keja aku hari2 pon memang kena ngadap komputer, nak wat report la, kompile maklumbalas itu ini dan sebagainya..kira kalau xguna komputer memang xbleh nak wat keja la aku ni...tapi, dalam masa tu bila free aku ni suka plak layan facebook ngan main game..mungkin salah satu sebab utama adalah aku suka main game yg mmg kena tumpu lama2 dengan warna2 yang terang pulak tu..mungkin itu punca utama mata aku jadi camtu, tp bukan takat rabun dekat jer, silau mata aku ni pon dah tinggi sebab tu bila tengah panas aku nak buka mata luas2 mmg xboleh, kena kedip sikit..aku pon heran sebab tgk org lain steady ja buka mata luas kat tgh panas, tp mata aku xboleh, mmg xtahan..rasa nak berair ja mata klu kena cahaya terang lama2..

So, atas sebab2 yang dinyatakan kat atas tu aku pegi la cek mata, actually dok cadang nak pi dari sebelum raya lagi..last hari ahad hari tu baru sempat pegi, alim xdak masa tu senang ckit bleh aku cek betoi2 mata ni & husband pon xbising kena tunggu lama jaga anak..hehe lepas cek semua, memang mata sebelah kanan aku ni silau dah naik dari 75 -->125, sebelah kiri maintain tp power plak dah naik belah kiri ni dari 175 --->>225....mula2 aku dok plan gak nak pakai COntact Lens balik..tp bila fikir2 dengan silau yg tinggi tu mmg xbleh la nak pakai CL lagi dah wp ada CL yg khas utk masalah silau ni..sebab optometrist tu pon xadvice pakai CL klu silau tinggi..so, aku pon decide la nak buat spek jer..lgpon spek aku ni dah senget2 & dah sumbing ckit dikerjakan anak aku yg sorang tu..huhu

Optometrist kat kedai tu mmg best la, PR dia very good memang aku puji..xmacam sesetengah kedai, bila layan customer mcm belagak tambah2 bila kita dok try spek yg design mcm2 tu byk2..hehe tp, kat kedai ni budak tu mmg baik nama pon SONY..hehe penat melayan aku dok pilih ni..dia pon ada explain kat aku la utk buat lens yg khas utk silau tu..brand TRANSITIONS...lepas dgr dia explain apa semua ok la aku pilih lens tu mcm best jer sebab lens dia bleh jadi gelap bila bawah sinar UV..and back to normal again after a few minutes..lens ni juga sesuai untuk eye fatigue mcm aku skrg ni...harga pon boleh tahan...so dah buat semua total RM600..esok lusa tu siap..cepat betoi kedai ni buat..mmg best..kalau nak tengok imej baru aku ha macam gambar kat bawah ni la..cun tak??hehe





***cun kan...hehe ni masa under UV, lens tu jadi gelap ckit xla sakit mata ngan silau matahari panas tu..frame aku pon lebih kurang macam ni la..tp kecik ckit..nnti la upload gambar betol..baru nak adapt ngan spek baru ni..malu nak amik gambaq..hehe

Nov 1, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

Salam...

Untuk makluman, MomBloggersPlanet baru je open satu lagi contest iaitu Cutest Baby in NATURE Contest..
pad sesiapa berminat untuk join boleh la klik kat bawah ni

Contest start from 1st to 15th November 2009

Seperti biasa contest bulan ini di sponsor oleh :


So, jangan tunggu2 lagi lets started ...

Nama :
Muhammad Alim Dzakwan bin Mohd Norakmar

Tarikh Lahir :
19 June 2008

Umur :
1 tahun 4 bulan 13 hari

Untuk makluman, aku ni memang suka travel, nak2 pulak dengan orang tersayang, so, bila ada kelapangan dan kewangan yang mencukupi aku & hubby akan pergi bercuti ke tempat peranginan yang menarik..so far, hanya di dalam negara saja lah yang kami mampu..Aku lebih suka pergi ke tempat peranginan yang terletak di kawasan tanah tinggi. Memang best selain daripada suasana yang dingin, kawasan tanah tinggi juga mempunyai pemandangan bukit - bukau yang kehijauan yang mana hutan2nya masih terjaga dari pencemaran yang berlaku seperti di kawasan bandar..Selain dapat memberi ketenangan fikiran, ia juga dapat memberikan udara yang bersih untuk kita bernafas demi mendapatkan kesihatan badan kita yang baik..

Selain kawasan percutian yang terletak di tanah tinggi, aku dan keluarga juga suka bercuti di kawasan tepian pantai yang memberikan pemandangan laut yang luas yang dapat memberikan kita berfikir sejenak betapa luas alam ciptaan Tuhan yang perlu kita semua pelihara dari pencemaran yang kelak akan merosakkan alam semulajadi di dunia ini.

Pendedahan kepada kepentingan menjaga alam sekitar dan mendapatkan udara yang bersih perlu kita terapkan pada anak-anak seawal usia baby lagi.Jadi,
antara bukti-bukti aku & hubby memberi pendedahan tentang keindahan alam semulajadi kepada anak kami semenjak usia nya belum mencapai setahun lagi..mari lihat photo2 nya ya :

Mengapa pentingnya anak-anak kita didedahkan kepada alam semulajadi :

1) Supaya mereka dapat mempelajari proses kehidupan yang sebenar, yang mana dari tumbuh2an lah kita dapat bernafas dan mendapatkan bekalan Oksigen untuk meneruskan kehidupan.

2) Anak-anak juga perlu tahu betapa kecantikan alam semulajadi adalah satu anugerah yang tak ternilai untuk kita nikmati di dunia dan tiada ganti sekiranya ianya tidak dipelihara dengan baik.
3) Pemandangan yang hijau dapat memberi ketenangan fikiran dan baik untuk kesihatan mata anak kita.

4) Deruan ombak dan laut yang membiru memberikan satu rasa kedamaian dan keseronokan kepada anak-anak kita.

5) Pasir pantai yang putih dan deruan angin laut yang nyaman dapat membuatkan anak kita terpaku seketika dan menikmatinya.

6) Pengenalan kepada flora juga penting supaya anak kta dapat mengenali jenis2 tumbuhan yang terdapat di hutan2 khatulistiwa di Malaysia.

7) Bunga yang cantik dengan warna yang menarik dapat membuatkan anak kita tertarik untuk mendapatkannya dan memupuk rasa cinta dan menghargai kepada sesuatu yang cantik dipandangan mata.

8) Fauna seperti Itik Swan ini membuatkan anak kita mengenali lebihdekat bahawa terdapatnya hidupan lain yang berhak untuk hidup di alam semulajadi selain dari hanya mengenali Itik2 permainan sahaja.

9) Rama-rama yang cantik membuat anak kita terpikat dan sedikit sebanyak dapat menanam rasa untuk menghargai ciptaan-ciptaan Tuhan yang lain yang jarang dijumpai di kawasan rumah kita.

Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, pendedahan kepada alam semulajadi kepada anak-anak kita memang sangat penting supaya dapat menanamkan rasa cinta kepada keindahan dan kedamaian serta memupuk rasa kasih dan sayang antara sesama makhluk di dunia ini.

So, kawan-kawan pakat2 la try join contest ni ya..xrugi cuba mana tau ada rezeki boleh menang..tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan..Hadiah memang menarik iaitu :

1 x 1st Prize :

  • One Medium Landscape Hardcover or Medium Portrait Hardcover Photobooks by PhotoBook Malaysia (worth RM144)
  • One bag of his/her choice from AliceWonders (worth from RM50-RM200)
1 x 2nd Prize
  • One Medium Portrait Softcover or Medium Portrait Classic Softcover by PhotoBook Malaysia (worth RM80)
1 x 3rd Prize
  • One Large Landscape Poster by PhotoBook Malaysia (worth RM68)
3 x Consolation PrizeOne PurseHook from AliceWonders (worth RM20)

Menarikkan??So, apa tunggu lagi kawan2..cepat ler hantar..

NINJA!!

Last day, aku and hubby pergi tengok wayang..dah lama juga xdapat tengok wayang sama, so sementara alim xdak kat sini we all pon pegi la tgk wayang dua orang..kitorang tengok kat Jusco Ipoh ni, pegi pun pagi kul 10 lebih sebab hubby keje petang, so pagi jer la sempat pegi jalan2 pon..

Mulanya cadang nak tengok filemPAPADOM, tp filem tu showtime only at 4.30 pm..so, tukar la plan, dah xtau nak tengok cite ape, kitorang decide tengok filem NINJA..movie stat pukul 11.20 am..sebelum masuk aku beli popcorn set Combo 3 dulu sebagai alas perut since dari malam aku xmkn..konon diet la tu..hehe

Filem selama 90 minit ni adalah arahan Isaac Florentine..Antara pelakonnya ialah Scott Adkins & Tsuyoshi Ihara..pada pendapat aku filem ni ok la, tak boring, dan penuh dengan aksi lawan2..memang best, tapi scene2 ganas tu memang aku pon takut nak tengok..yer la, lawan2 ngan pedang kan, siap libas2 dengan darah memercik and ada jugak scene pancung kepala sampai putus..budak2 memang xdigalakkan tengok la..takut terpengaruh..

Meh aku cita sinopsis cita dia ekk..kisah dia mengenai seorang pemuda Inggeris (Casey) yang menuntut ilmu Ninjitsu di Jepun. Actually, parents dia dulu memang tinggal di sana, tapi selepas kematian ayahnya yang seorang kaki botol, ibunya telah tinggal dia di sana dan dijaga oleh Sensei yang juga mempunyai seorang anak gadis sebayanya.. Casey ni antara pelajar terbaik dan menghormati Sensei tidak seperti seorang lagi iaitu Masazuka yang lebih sombong dan suka irihati pada Casey..Sensei ni akan melantik salah seorang dari pelajarnya yang berjaya mencapai pangkat tertinggi iaitu Seko untuk mewarisi Yoroi Bitsu iaitu peralatan & senjata ninja beserta antidot racun yang digunakan sebagai senjata untuk melawan pihak musuh..

Satu hari Sensei telah mengarahkan Casey dan Masazuka untuk berlawan semasa sesi latihan, walaubagaimanapun, semasa latihan tersebut Masazuka telah berlawan dengan mengikut emosi dan menggunakan senjata sebenar bagi mencederakan Casey. Beliau telah menyebabkan Sensei menjadi amat marah dan telah menghalau Masazuka keluar dari situ serta merta..Masazuka yang berasa kecewa dan marah telah merantau ke New York dan menjadi ahli kongsi gelap dan juga sebagai pembunuh upahan yang amat kejam..

Pada hari tamat latihan, Sensei telah membuat pengumuman dan akan melantik seseorang bagi mewarisi Yoroi Bitsu tersebut, dan pada hari tersebut juga Masazuka datang dan menuntut supaya Yoroi Bitsu diserahkan padanya..Oleh kerana bimbang akan perkara tersebut, Sensei telah mengarahakn Casey dan Namiko ke New York membawa Yoroi Bitsu dan menyembunyikan di sebuah Universiti di sana..ApabilaMasazuka mengetahui yang Yoroi Bitsu telah di bawa pergi, dia telah membunuh Sensei tanpa rasa belas kasihan..

scene ni masa Casey & Namiko lari dikejar geng kongsi gelap Masazuka

Seterusnya dia memburu Casey dan Namiko di New York..Namiko telah diculik semasa di New York, dan Masazuka telah membuat perjanjian dengan Casey untuk menyerah Namiko sekiranya Yoroi Bitu diserahkan padanya..Casey bersetuju dan mereka telah bertemu di sebuah tapak gereja lama, dan Casey menyerahkan Yoroi Bisu kepad Masazuka namun kotak tersebut adalah kosong, Casey sebenarnya telah memakai kostum Ninja sebenar dan memiliki kesemua peralatan Yoroi Bitsu..Masazuka amat marah dan berlaku pertarungan antara dua ninja berpakain trdisional dan moden..Akhirnya, Masazuka terbunuh setelah Casey berjaya menggunakan ilmu yang xsempat dipelajari Masazuka..

Filem ni kira happy ending la, tu yang aku rasa x hampa sangat..tp, walaupun Masazuka tu jahat, tp aku suka dia sebab nampak macho...hehe

daaa....