Nov 1, 2009

NINJA!!

Last day, aku and hubby pergi tengok wayang..dah lama juga xdapat tengok wayang sama, so sementara alim xdak kat sini we all pon pegi la tgk wayang dua orang..kitorang tengok kat Jusco Ipoh ni, pegi pun pagi kul 10 lebih sebab hubby keje petang, so pagi jer la sempat pegi jalan2 pon..

Mulanya cadang nak tengok filemPAPADOM, tp filem tu showtime only at 4.30 pm..so, tukar la plan, dah xtau nak tengok cite ape, kitorang decide tengok filem NINJA..movie stat pukul 11.20 am..sebelum masuk aku beli popcorn set Combo 3 dulu sebagai alas perut since dari malam aku xmkn..konon diet la tu..hehe

Filem selama 90 minit ni adalah arahan Isaac Florentine..Antara pelakonnya ialah Scott Adkins & Tsuyoshi Ihara..pada pendapat aku filem ni ok la, tak boring, dan penuh dengan aksi lawan2..memang best, tapi scene2 ganas tu memang aku pon takut nak tengok..yer la, lawan2 ngan pedang kan, siap libas2 dengan darah memercik and ada jugak scene pancung kepala sampai putus..budak2 memang xdigalakkan tengok la..takut terpengaruh..

Meh aku cita sinopsis cita dia ekk..kisah dia mengenai seorang pemuda Inggeris (Casey) yang menuntut ilmu Ninjitsu di Jepun. Actually, parents dia dulu memang tinggal di sana, tapi selepas kematian ayahnya yang seorang kaki botol, ibunya telah tinggal dia di sana dan dijaga oleh Sensei yang juga mempunyai seorang anak gadis sebayanya.. Casey ni antara pelajar terbaik dan menghormati Sensei tidak seperti seorang lagi iaitu Masazuka yang lebih sombong dan suka irihati pada Casey..Sensei ni akan melantik salah seorang dari pelajarnya yang berjaya mencapai pangkat tertinggi iaitu Seko untuk mewarisi Yoroi Bitsu iaitu peralatan & senjata ninja beserta antidot racun yang digunakan sebagai senjata untuk melawan pihak musuh..

Satu hari Sensei telah mengarahkan Casey dan Masazuka untuk berlawan semasa sesi latihan, walaubagaimanapun, semasa latihan tersebut Masazuka telah berlawan dengan mengikut emosi dan menggunakan senjata sebenar bagi mencederakan Casey. Beliau telah menyebabkan Sensei menjadi amat marah dan telah menghalau Masazuka keluar dari situ serta merta..Masazuka yang berasa kecewa dan marah telah merantau ke New York dan menjadi ahli kongsi gelap dan juga sebagai pembunuh upahan yang amat kejam..

Pada hari tamat latihan, Sensei telah membuat pengumuman dan akan melantik seseorang bagi mewarisi Yoroi Bitsu tersebut, dan pada hari tersebut juga Masazuka datang dan menuntut supaya Yoroi Bitsu diserahkan padanya..Oleh kerana bimbang akan perkara tersebut, Sensei telah mengarahakn Casey dan Namiko ke New York membawa Yoroi Bitsu dan menyembunyikan di sebuah Universiti di sana..ApabilaMasazuka mengetahui yang Yoroi Bitsu telah di bawa pergi, dia telah membunuh Sensei tanpa rasa belas kasihan..

scene ni masa Casey & Namiko lari dikejar geng kongsi gelap Masazuka

Seterusnya dia memburu Casey dan Namiko di New York..Namiko telah diculik semasa di New York, dan Masazuka telah membuat perjanjian dengan Casey untuk menyerah Namiko sekiranya Yoroi Bitu diserahkan padanya..Casey bersetuju dan mereka telah bertemu di sebuah tapak gereja lama, dan Casey menyerahkan Yoroi Bisu kepad Masazuka namun kotak tersebut adalah kosong, Casey sebenarnya telah memakai kostum Ninja sebenar dan memiliki kesemua peralatan Yoroi Bitsu..Masazuka amat marah dan berlaku pertarungan antara dua ninja berpakain trdisional dan moden..Akhirnya, Masazuka terbunuh setelah Casey berjaya menggunakan ilmu yang xsempat dipelajari Masazuka..

Filem ni kira happy ending la, tu yang aku rasa x hampa sangat..tp, walaupun Masazuka tu jahat, tp aku suka dia sebab nampak macho...hehe

daaa....

No comments:

Post a Comment