Nov 16, 2009

Minggu yang busy

Fuh..lega rasa hari ni baru sempat rileks sikit setelah seminggu bekerja keras menyiapkan Maklumbalas Kemaskini Perjawatan semua kakitangan Farmasi Perak. Sepanjang minggu lepas mula dari isnin sampai la ahad semalam mata aku ni asyik kena ngadap Format SMF tu jer..sampai naik pening, sakit pinggang bahu smua cukup..mana taknya kat ofis dari kul 8 sampai 5 petang dok menaip kat PC ni, mau tak sakit bahu ni..balik rumah lepas bagi Alim tido ngadap buat keje ngan labtop plak, sakit belakang jugak dok menaip..huhu sampai la hari weekend pon, dok buat benda tu..

Bila kat rumah, aku hanya sempat buat keja time Alim tido jer la, bila dia jaga memang xleh nak buka labtop ni, satu, dia memang akan kacau la dok tekan2 keyboard tu, pastu dia pandai x bagi aku buat keje soh main dengan dia ja..kesian pulak kan, dah la sehari brapa jam ja aku sempat dok ngan dia pon, ayah dia pulak keje shift petang minggu lepas, malam kul 12 baru balik..mungkin dia pon rasa kurang perhatian sebab mama & ayah asyik sibuk keje kan..Bila aku fikir2 balik kadang2 kesian kat Alim bila hari keje, siang memang dari pagi sampai kul 5 dia kat nursery, balik petang lepas maghrib aku dah soh dia tido, xsempat nak layan dia betul2, yer la, balik keje kita dah penat, ayah dia pulak keje, aku sorang2 kat rumah nak menguruskan semua..memang penat sangat..dalam kepala macam2 fikir hal keje ofis la, hal rumah lagi..macam mana la orang yang anak lagi ramai kan..tp, org yg anak ramai xpa la jugak at least anak yg dah besar boleh tengok2 kan adik time mak dia wat keje kan..tp aku smua sorang2..kadang2 ada juga yang hari husband kena standby malam, pagi baru dia balik..bila dia balik aku n Alim dah keluar rumah..malam esok pulak la baru jumpa..sian kat Alim cayang tu..

Hari Sabtu & Ahad kemarin pulak aku duty kena dispens Methadone kat KK Jelapang..kul 9 sampai 11 am..boleh la pagi Alim tinggal ngan ayah dia kejap, biar ayah dia rasa pulak camana letih jaga anak yg sorang tu..hehe ALim ni plak bila dia tinggal ngan ayah dia saja, dia jadi baik la pulak..siap tido lagi..masa aku balik kul 11 dia tido lagi...klu hari aku ada kat rumah, lepas ayah dia pegi keje kul 7.30 tu dia dah bangun, sampai tengahari kul 12 baru tido..penatnya la nak kemas rumah lagi, membasuh memasak..sekarang ni baru la tau rasa susahnya jadi isteri & ibu ni..tambah bagi yang bekerja dan tinggal independence maksudnya jauh dari parents & xda maid..tp, apa pon aku tetap happy as long as aku selalu dapat bersama Alim & my beloved husband aku takkan pernah rasa stress dan tertekan..sebab nya hanya lah satu..semua apa yang aku buat hanyalah untuk menggembirakan dua orang yang paling aku sayang..lots of hugs & kisses just for both af you my dears...mmmmuuaaaaHHh!!!

**gambar ni diambil masa kami bercuti ke Kuching bulan Feb lepas..jalan2 kat Waterfront Kuching river sambil window shopping..:-)

No comments:

Post a Comment