Nov 23, 2009

~Alim Batuk~

Semalam hari Ahad macam biasa aku & ALim saja kat rumah, husband keje shift pagi, so dari pagi Alim bangun pas peluk cium & hantar husband pegi keje, bermula lah episod hari cuti ku bersama Alim cayang (padahal dah hari Ahad pon..hehe)..

Dari pagi ALim bangun jam 7 pagi terus xmau tido, untuk breakfast aku dah bg dia makan Honeystar and minum susu dia tu, susu xpayah ckp la rsnya pagi tu jer dah 3 botol dah minum..lepas tu dok main2 sampai pukul 10 lebih, dia xnampak nak tido juga pon, sambil2 tu aku panaskan laksa semalam, basuh & sidai baju, kemas2 dapur ckit..pastu bersarapan la dengan laksa tu, ALim pon sama naik makan laksa, tp xboh kuah la..makan saja camtu ja, bukan main sronok la dia sebab bleh main2 ngan laksa tu siap jilat2 kat lantai lg sebab xleh nak amik ngan tangan bila laksa tu tumpah kat lantai..(ganas anak aku ni kan..hehe) Ok, sampai pukul 11.30 tu lepas aku bagi mandi apa semua siap dia pon dok berguling2 kat tilam busuk tu sampai la terlena, boleh la aku naik siap2kan diri aku pulak la kan..masa nak naik atas tu pun aku dengar ALim asyik dok batuk ja..kejap2 batuk..selang 2,3 minit jer batuk...aku mandi jugak cpt2 and turun duduk lepak kat bawah..baru je aku nak rehat tengok ALim dah jaga siap bangun lagi dia dok sakit hati xleh tido sebab dok batuk tu..sian la pulak kat anak aku sorang tu..aku sapu gak dengan vicks vapour rub tu bg panas ckit kat dada dia tu..pastu bila dah jaga dia dah xmau tido balik dah la...Alahai, kejapnya la tido, mama baru nak layan game kat facebook ni ha..huhu

lepas dia bangun kul 12 lebih tu, mula2 plan macam rasa nak masak nasi, tp dgn Alim dok jaga ni susah ckit la aku nak masuk dapur, nnti dia suka kacau aku masa masak kat dapur tu, kan bahaya..so, aku buat keputusan xmau masak & makan jer laksa yg ada byk lagi tu..dah tanya husband dia pon kata xpayah masak tggu dia balik satgi petang baru masak..Aku pun lepak2 jer la tengok tv ngan Alim sampai la kul 2.30 aku pon dah mengantuk, yg Alim plak xnampak nak tido pon, so aku biar jer dia main2 sambil aku mengawasi dari dalam mimpi..hehe entah bila aku pon xsedar tengok Alim pon tido sekali tepi aku, aku sambung jer la tido dan sempat lagi mimpi..

"Dalam mimpi tu aku mimpi time sekolah menengah dulu, masa balik dari sekolah ke hostel, masa orang semua dok sibuk dinner & pegi Surau untuk sembahyang Maghrib aku pulak baru sampai hostel, (pelik jugak awat aku balik sekolah lambat sangat xtau..entahla sebelum babak tu aku xmimpi la pulak..hehe) memang xsempat nak makan dah la time tu..aku terus pegi kat Dorm aku dulu iaitu Dorm D kat tingkat 2..dalam mimpi tu kat tingkat Dorm aku tu ja yang xdak letrik..so, gelap la..bila aku masuk dalam tu tengok susunan katil semua dah lain, ada katil semua susun rapat2 kat tengah bilik, and loker semua susun kat tepi2 dinding..aku macam pelik gak tengok bilik tu macam luas ckit..macam dah pecah dua Dorm jadi satu..ada la kawan2 aku dalam bilik tu, tp yg aku ingat aku bercakap dengan Nu'on jer sebab aku tanya katil aku yang mana satu, dia pon soh jer pilih mana2 yg kosong..memang serabut & aku tengok semua macam dah ada orang book..loker pon dah xde untuk aku, ada yg kosong, tp bila tanya dah ada orang book..so aku xtau nak cari katil kat mana, loker kat mana, pastu cadar semua aku xbawak pulak..dalam dok serabut2 tu tiba2 aku dengar ALim batuk..terus aku terjaga dari mimpi, mula2 macam suka la..oo mimpi rupanya nasib baik la..kalau tak penatnya nak kena pegi sekolah balik..baju sekolah semua tah kemana la aku dah buang..hehe"

Balik dari kisah terjaga mimpi tu, aku tengok Alim dah muntah banyak sangat..abes terkeluar susu2 & laksa yang dia makan tadi..masa dia muntah tu dia tengah tido, tp bila batuk teruk xsempat nak bangun sampai termuntah habes kena baju and lantai sampai kepala pon kena..cepat2 la aku angkat dia bagi duduk, and tengok ada juga keluaq ikut hidung..aku sepantas kilat terus amik jer selimut Alim tu and lap muntah2 tu..angkat dia pegi bilik air nak basuh semua la..mcm ringan jer bila aku dukung Alim tu..lepas siap bg mandi ALim, husband pon dah sampai rumah tengok jam dah kul 4 lebih..aku ajak husband pegi klinik risau gak tengok ALim muntah banyak sangat..pagi tadi masa bangun tido pon dah muntah ckit..lepas cuci2 mop lantai semua sementara tunggu nak siap pegi klinik, si ALim yang xsihat tadi ni jadi aktif plak..dia sronok la tu ayah dia dah ada kat rumah..dia dok main ngan keta doraemon dia tu sambil dok tolak2 bagi langgar kabinet tv ..lepas tu tolak pulak ke belakang langgar kabinet yg aku susun cawan2 dalam tu, cermin pintu kabinet tu kaca..so, apa lagi pranngggg pecah la kaca kabinet tu..huhu kabinet tu plak bukan kitorang punya, itu yg tuan rumah tinggal..penatnya, baru nak duduk lepas dok mengemop lantai lagi satu keja pulak nak kena wat.,.huh..Alim..alim..rasa nak cubit ja alim masa tu tau..seb baik husband dah balik..so, dia la yg kemas kan semua..

Lepas mandi2 kitorang pon kuar g klinik amik ubat Alim, doktor bg supp PCM 1, sebab check suhu dia 38.5C and bagi ubat batuk,selsema & antibiotik..lepas tu pegi beli bubur nasi kat MAnjoi untuk suap bg ALim makan..balik rumah bg Alim makan nasi & ubat lepas tu baru la dia tido dengan lena..sayu jer aku tengok dia bila time tido, klu x aku ni asyik marah2 dia jer bila dia buat sepah ke apa..tp bila time anak dah tido ni bila tengok muka dia, rasa menyesal lak dok marah2 apa semua, dia kan baby lagi bukan tau apa pon..huhu

No comments:

Post a Comment