Nov 25, 2009

Kesabaran kami diuji

Hari ni, aku nak cerita kisah yang berlaku malam tadi..semalam lepas balik dari keja kitorang 3 beranak kuar la pegi Ipoh Parade nak shopping, bukan shopping apa sgt pon, ingat nak cari baju raya untuk ALim 2,3 helai..pastu dah husband baru abes keje malam, so ajak la dia pegi jalan2 makan kat luar..Dah siap shopping semua dalam kul 9.30 kitorang pon balik, lagipun Alim xberapa sihat badan pon panas, makan pon xmau, masa kitorang makan kat Kenny Rogers order la chicken soup untuk Alim, tp dia cuma makan ayam je pastu dok wat prangai nak pegang sudu & pinggan sendiri..masa nak balik tu atas keta dia dah tido sebab ngantuk sgt kot..selalu malam kul 9 lebih tu mmg dia dah tido dah..

Sampai rumah letak jer dia atas tilam, tiba2 dia bangun pulak, bila dah bangun xpa la kitorang pon suap la mkn ubat demam & selsema dia, lepas tu dah xmau tido la pulak..dok meragam, bila tgk perut macam kembung, ayah dia sapu la vicks tu kat perut, bg susu xmau minum, pastu bg biskut pon xmau, bg Honeystar pon dia tuang jer..xtau apa yg dia nak..dia asyik dok tunjuk2 brg2 atas meja makan tu tp bila amik semua dia geleng kepala ja..sampai la dah kul 11 ayah dia ajak naik atas, kot bila nak tido dia dah xbuat perangai..bila kat atas lagi dia mengamuk kitorang tutup lampu, lg dia marah, buka je lampu tido dia xmau baring atas katil pulak nak ayah dia dukung jer..bila dukung pon dok nangis juga, sampai kitorang dua dah xtau nak buat apa, bg ini xmau itu xmau xtau la apa yg dia mau..

Aku ni memang xtahan sabaq sikit, bila aku tinggi suara ayah dia marah pulak, lepas tu kitorang biar jer dia nangis, buat xtau tgk kot2 nnti penat dia diam la kan..sampai kul 12.30 dok nangis lagi siap guling2 kat lantai..aku nak biaq xsampai hati takut nnti slope xleh nyawa pulak anak aku sorang tu..ayah dia amik dukung aku pujuk2 tunjuk buku serangga dia tu, lama2 baru diam ckit, dok tgk gambar katak lam buku tu pastu aku pasang mp3 lagu wonderpets & smack that dah sronok pulak dia..siap angguk2 ikut rentak muzik tu..bila dah ok ckit ayah dia tido dulu, sbb hubby aku tu mmg penat sgt, dah semalam keja sampai pagi, pagi td pulak ada kursus kat Ulu Kinta sampai petang..mmg dia dok ngantuk dr masa shopping lg..aku pon layan la Alim smpi aku nak terlena ..bila tengok Alim xmau tido lagi, aku peluk la dia usik2 baru nak lena..letih betul la bila ingat balik..tu pun, masa tgh tido 2,3 kali jugak dia jaga dok nangis2 sebab aku alih dia letak kat tengah katil, aku risau dia suka golek2 pegi sampai tepi katil, aku takut jatuh bawah jer..sekali ingat memang rasa tension sangat..klu bagi keja kat pejabat dengan jaga anak kecik ni, bg aku jaga anak kecik lagi letih bukan setakat letih badan otak pon stress kadang2 dengan ragam & karenah depa ni..semalam tu first time ALim buat perangai mcm tu, sebelum ni xpenah la nangis2 sampai berguling2 lama2 macam tu..slalu bila aku pujuk2 dia dah ok..tp entah la kenapa smlm dia buat perangai, aku ingat sebab satu dia nak tumbuh gigi geraham tu, mungkin sakit tp dia kan kecik lagi mana tau nak bgtau yg dia sakit gigi kan...

Bagi aku semalam tahap kesabaran aku & hubby mmg betul2 teruji, aku tringat kisah seorang bapa yg bunuh anak dia yg berumur 3 bulan sebab anak dia menangis tanpa henti, dia lambung anak dia atas katil and baby tu meninggal sebab gegaran otak..Nauzubillah..mintak simpang la dari berlaku perkara macam tu, semoga Tuhan pelihara aku dan hubby dari hasutan syaitan yg menyebabkan manusia yg lemah seperti aku ni hilang pertimbangan diri..Aku cuba bersabar wp rasa tension, sbb kena ingat, budak2 kecik macam tu bukan tau apa kan, bercakap pon belum pandai, yg dia tau menangis jer la, sakit ke apa ke dia hanya boleh express melalui menangis, kita sebangai parents ni la kena bijak tackle anak2 dan sebolehnya cuba ikut rentak depa supaya depa xrasa macam kita xsayangkan depa kan..buat anakku Alim mama berdoa supaya Allah berikan mama kekuatan iman untuk menjaga dan melayan karenahmu tanpa rasa benci, minta Allah jauhkan perasaan begitu terhadap anak mama sorang yg mama paling sayang...dan mama juga berdoa semoga Alim dapat membesar menjadi anak yang SOleh dan hormat pada mama & ayah yer sayang..


No comments:

Post a Comment