Nov 1, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

Salam...

Untuk makluman, MomBloggersPlanet baru je open satu lagi contest iaitu Cutest Baby in NATURE Contest..
pad sesiapa berminat untuk join boleh la klik kat bawah ni

Contest start from 1st to 15th November 2009

Seperti biasa contest bulan ini di sponsor oleh :


So, jangan tunggu2 lagi lets started ...

Nama :
Muhammad Alim Dzakwan bin Mohd Norakmar

Tarikh Lahir :
19 June 2008

Umur :
1 tahun 4 bulan 13 hari

Untuk makluman, aku ni memang suka travel, nak2 pulak dengan orang tersayang, so, bila ada kelapangan dan kewangan yang mencukupi aku & hubby akan pergi bercuti ke tempat peranginan yang menarik..so far, hanya di dalam negara saja lah yang kami mampu..Aku lebih suka pergi ke tempat peranginan yang terletak di kawasan tanah tinggi. Memang best selain daripada suasana yang dingin, kawasan tanah tinggi juga mempunyai pemandangan bukit - bukau yang kehijauan yang mana hutan2nya masih terjaga dari pencemaran yang berlaku seperti di kawasan bandar..Selain dapat memberi ketenangan fikiran, ia juga dapat memberikan udara yang bersih untuk kita bernafas demi mendapatkan kesihatan badan kita yang baik..

Selain kawasan percutian yang terletak di tanah tinggi, aku dan keluarga juga suka bercuti di kawasan tepian pantai yang memberikan pemandangan laut yang luas yang dapat memberikan kita berfikir sejenak betapa luas alam ciptaan Tuhan yang perlu kita semua pelihara dari pencemaran yang kelak akan merosakkan alam semulajadi di dunia ini.

Pendedahan kepada kepentingan menjaga alam sekitar dan mendapatkan udara yang bersih perlu kita terapkan pada anak-anak seawal usia baby lagi.Jadi,
antara bukti-bukti aku & hubby memberi pendedahan tentang keindahan alam semulajadi kepada anak kami semenjak usia nya belum mencapai setahun lagi..mari lihat photo2 nya ya :

Mengapa pentingnya anak-anak kita didedahkan kepada alam semulajadi :

1) Supaya mereka dapat mempelajari proses kehidupan yang sebenar, yang mana dari tumbuh2an lah kita dapat bernafas dan mendapatkan bekalan Oksigen untuk meneruskan kehidupan.

2) Anak-anak juga perlu tahu betapa kecantikan alam semulajadi adalah satu anugerah yang tak ternilai untuk kita nikmati di dunia dan tiada ganti sekiranya ianya tidak dipelihara dengan baik.
3) Pemandangan yang hijau dapat memberi ketenangan fikiran dan baik untuk kesihatan mata anak kita.

4) Deruan ombak dan laut yang membiru memberikan satu rasa kedamaian dan keseronokan kepada anak-anak kita.

5) Pasir pantai yang putih dan deruan angin laut yang nyaman dapat membuatkan anak kita terpaku seketika dan menikmatinya.

6) Pengenalan kepada flora juga penting supaya anak kta dapat mengenali jenis2 tumbuhan yang terdapat di hutan2 khatulistiwa di Malaysia.

7) Bunga yang cantik dengan warna yang menarik dapat membuatkan anak kita tertarik untuk mendapatkannya dan memupuk rasa cinta dan menghargai kepada sesuatu yang cantik dipandangan mata.

8) Fauna seperti Itik Swan ini membuatkan anak kita mengenali lebihdekat bahawa terdapatnya hidupan lain yang berhak untuk hidup di alam semulajadi selain dari hanya mengenali Itik2 permainan sahaja.

9) Rama-rama yang cantik membuat anak kita terpikat dan sedikit sebanyak dapat menanam rasa untuk menghargai ciptaan-ciptaan Tuhan yang lain yang jarang dijumpai di kawasan rumah kita.

Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, pendedahan kepada alam semulajadi kepada anak-anak kita memang sangat penting supaya dapat menanamkan rasa cinta kepada keindahan dan kedamaian serta memupuk rasa kasih dan sayang antara sesama makhluk di dunia ini.

So, kawan-kawan pakat2 la try join contest ni ya..xrugi cuba mana tau ada rezeki boleh menang..tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan..Hadiah memang menarik iaitu :

1 x 1st Prize :

  • One Medium Landscape Hardcover or Medium Portrait Hardcover Photobooks by PhotoBook Malaysia (worth RM144)
  • One bag of his/her choice from AliceWonders (worth from RM50-RM200)
1 x 2nd Prize
  • One Medium Portrait Softcover or Medium Portrait Classic Softcover by PhotoBook Malaysia (worth RM80)
1 x 3rd Prize
  • One Large Landscape Poster by PhotoBook Malaysia (worth RM68)
3 x Consolation PrizeOne PurseHook from AliceWonders (worth RM20)

Menarikkan??So, apa tunggu lagi kawan2..cepat ler hantar..

4 comments:

  1. alahai... byknya koleksi pix alim dzakwan in nature... baby husin jalan pun xreti lagi.. camne nak masuk gak yer...

    ReplyDelete
  2. hehe..try la amik gambar dalam stroller letak kat tepi2 pokok atau tepi laut/sungai ke..boleh jugak kot..kalau amik gambar dengan mama & papa baby husin pon ape salahnya kan..hehe

    ReplyDelete
  3. :) salam kenal..good luck ye..insya allah nak join gak, nak pikir2 dulu sebelum mengarang!

    ReplyDelete
  4. hai..thanks..join la ramai2 mana tau ada luck kan..catlina mesti ade byk gambar cantik2, orang terer shoot photo kan..hehe saya ni baru je nak belajar2..hehe good luck to u too...:)

    ReplyDelete